Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1 tidak elok lagi atau rosak kerana sudah lama: Mereka tinggal di sebuah pondok ~ di hujung kampung itu. 2 tidak cantik; hodoh: Seorang perempuan tua yg ~ datang meminta pertolongan kpdnya. 3 tidak menyenangkan; tidak elok atau tidak baik (bkn perangai atau tingkah laku): Kelakuannya ~ sekali. ~ hati jahat hatinya. ~ laku tidak baik kelakuannya. ~ makan makan dgn banyaknya serta gelojoh. ~ mulut kasar perkataannya. ~ sangka menyangka yg bukan-bukan. ~ siku mengambil balik apa-apa yg telah diberikan kpd orang. memburukkan 1 menyebabkan menjadi buruk: Air hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu. 2 mengatakan atau menganggap buruk; mengata-ngatai: Ia telah dipecat dr parti kerana ~ nama ketua partinya dlm akhbar. keburukan keadaan atau sifat buruk: Kalau kita sendiri menceritakan ~ keluarga kita, kita pun akan mendapat malu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruk

Puisi
 

Kain buruk sangkut di kandang,
     Bawa pula basah ke paya;
Saya buruk jangan dipandang,
     Bagai anjing buruk kepala.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Umpama kayu buruk: buruk di panas,
     reput di hujan.

Bermaksud :

Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIMPI BURUK

Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau

pengalaman seperti mimpi yang membangunkan

orang yang tidur. Selepas terjaga daripada

kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh

mengingati semula mimpi yang menyebabkan

ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan

disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi

sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam

keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan

perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku

pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang

sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi

(lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]).

UMUM 
ALAMAT

Alamat, dianggap sebagai petanda nasib masa

hadapan yang baik atau buruk. Alamat baik

meramalkan peristiwa yang diimpikan, dan alamat

buruk meramalkan bencana.

UMUM 
TEMPAT BERTEDUH

Tempat berteduh ialah suatu struktur atau

keadaan semula jadi yang menyediakan

perlindungan terhadap cuaca buruk, bahaya, atau

gangguan serangga perosak. Manusia memerlukan

tempat berteduh untuk melindungi diri mereka

daripada kesejukan dan kepanasan yang

melampau, serta daripada hujan, salji, dan angin.

Terdapat pelbagai jenis tempat berteduh. Rumah

ialah bentuk yang paling lazim. Jenis tempat

berteduh lain ialah pondok hentian bas, pelindung

bom, bangsal, dan pentas beratap. Tempat

berteduh mudah alih termasuk khemah, treler, dan

bot seperti bot rumah dan kapal layar.

UMUM 
DAHAGI KAPAL

Dahagi kapal, pada tahun 1797 merupakan

protes yang berlaku di England oleh kelasi

menentang keadaan yang buruk.

UMUM 
KAWAH DEBU

Kawah Debu merujuk kepada siri angin

pemusnah dan ribut debu yang melanda Amerika

Syarikat pada tahun 1930-an. Ribut ini merupakan

antara malapetaka yang paling buruk dalam sejarah

dunia.

UMUM 
NECKER, JACQUES

Necker, Jacques (1732–1804) ialah negarawan

Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI.

Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan

Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan

negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk

selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika.

Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang

dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan

tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya

mampu menangguhkan masalah serius yang

sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan

istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya

laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan

berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan

kepada golongan orang kesukaan istana. Dia

meletakkan jawatan pada tahun 1781.

UMUM 
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
MENDANDAN RAMBUT

Mendandan rambut ialah seni menggunting,

mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga

rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan

rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan

untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan

mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara

berbanding hampir-hampir kesemua perubahan

fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri

yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk,

atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada

sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi

gaya rambut yang menarik dan mudah

dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan

kehendak seseorang.

UMUM 
MIMPI

Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh

seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma

semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan

khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan

peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah

benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu

berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada

juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi

buruk).

UMUM 
SIREN

Siren ialah alat yang digunakan untuk

membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta

bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk

memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan.

Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan

pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran

kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut

dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai

amaran serangan udara.

UMUM 
12

Kembali ke atas