BURUNG-BURUNG MANYAR | BURUNG-BURUNG MANYAR, novel-esei Y.B. Mangunwijaya. Novel ini berkisar di sekitar makna kepahlawanan dan patriotisme, dengan latar tiga zaman, yakni zaman penjajahan Belanda, revolusi dan zaman kemerdekaan Indonesia. Novel yang penuh dengan huraian ini diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Djambatan, Jakarta. | SASTERA | Kitab |
BURUNG AJUK-AJUK | Burung ajuk-ajuk ialah burung Amerika yang terkenal kerana keupayaannya mengajuk bunyi burung-burung lain. Seorang ahli alamiah melaporkan bahawa seekor burung ajuk-ajuk di Carolina Selatan, Amerika Syarikat, mengajuk bunyi 32 jenis burung yang berbeza dalam masa 10 minit. Bunyi burung ajuk-ajuk sendiri adalah satu daripada bunyi burung yang paling versatile . Burung ajuk-ajuk hanya hidup di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. | UMUM | |
TERN ARTIK | Tern Artik , ialah burung laut yang sering dinamakan juara penghijrahan di dunia. Ia berhijrah lebih jauh daripada burung-burung lain. Burung ini panjangnya lebih kurang 45 sentimeter, berbulu kelabu kebiruan, hitam dan putih, berkaki dan bermuncung berwarna merah. Tern artik membiak di Artik dan di sepanjang pantai utara Lautan Atlantik dan Pasifik. Pada akhir bulan Ogos, burung ini dan anaknya memulakan perjalanan jauh ke pesisir Antartika dan pulau-pulau yang berdekatan. Kemudian, ia terbang ke utara sekali lagi dan tiba di Artik kira-kira pada pertengahan bulan Jun. Pengelasan saintifik. Tern artik tergolong dalam famili burung camar dan tern, iaitu Laridae. Ia adalah Sterna paradisaea . Lihat juga Tern. | UMUM | |
BURUNG CAMAR | Burung cakar ialah istilah umum bagi mana-mana satu burung nyanyi kecil yang memakan bijian. Burung cakar termasuk burung bunting, burung cakar emas, dan burung grosbeak. | UMUM | |
BURUNG CAKAR | Burung cakar ialah istilah umum bagi mana-mana satu burung nyanyi kecil yang memakan bijian. Burung cakar termasuk burung bunting, burung cakar emas, dan burung grosbeak. | UMUM | |
SANDERLING | Sanderling ialah burung yang tergolong dalam famili yang sama dengan berkek dan kedidi. Ia berbeza daripada burung-burung ini kerana ia hanya mempunyai tiga jari kaki. Sanderling membiak di pantai Artik dan tundra dan mengembara ke selatan pada musim sejuk. | UMUM | |
BURUNG PRION | Burung prion dikenali sebagai burung paus, adalah antara enam spesies burung laut. Burung prion banyak terdapat di hemisfera selatan. Burung ini membesar hingga lebih kurang 30 sentimeter panjang dan berwarna kelabu kebiru-biruan dengan bahagian bawahnya berwarna putih. Terdapat tanda bentuk “W” di bahagian sayapnya. | UMUM | |
BURUNG MINYAK | Burung minyak ialah burung yang hidup di dalam gua, ditemui di utara Amerika Selatan. Burung ini ada kaitan dengan burung frogmouth dan burung tukang, tetapi lebih mirip kepada burung hantu. | UMUM | |
BURUNG KIWI | Burung kiwi ialah nama yang diberi kepada empat spesies burung New Zealand yang tidak boleh terbang. Burung kiwi mempunyai perkaitan dengan burung lain yang tidak boleh terbang seperti burung moa , burung unta, emu, burung kasuari dan rhea. | UMUM | |
BURUNG SIKAP MALAM | Burung sikap malam banyak menyerupai whippoorwill, yang ada hubungan dengannya. Burung ini bukan burung helang. Burung sikap malam kira-kira 25 sentimeter panjang, dan warna bulunya bercampur-campur coklat, hitam, dan putih, dan bertompok putih pada lehernya. | UMUM | |