Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung Merbuk

Puisi
 

Burung merbuk di tepi pekan,
     Pipit tuli mati terjerat;
Buah mabuk jangan dimakan,
     Pokok berduri jangan dipanjat.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERBUK

Merbuk ialah nama bagi anggota yang kecil

dalam famili burung merpati dan merbuk. Burung

merbuk tinggal di kawasan sederhana dan tropika

di seluruh dunia.

UMUM 
MERBUK MERATAP

Merbuk meratap ialah burung di Amerika

yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia

membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico,

dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada

musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30

sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang

kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya.

Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik

hitam. Burung ini terbang laju.

UMUM 
MERPATI

Merpati adalah mana-mana burung dalam famili

merpati dan merbuk. Anggota yang besar dalam

famili ini biasanya dikenali sebagai merpati dan

anggota yang kecil dikenali sebagai merbuk. Dalam

rencana ini, istilah merpati merujuk kepada kedua-dua

jenis merpati dan merbuk.

UMUM 

Kembali ke atas