Mesin busar kapas ialah mesin untuk membuang biji dari serat kapas. Ramai orang percaya bahawa pereka Amerika, Eli Whitney telah menghasilkan mesin busar kapas yang pertama. Walau bagaimanapun, mesin busar kapas yang ringkas mula digunakan di India pada zaman dahulu. Satu versi mesin busar kapas ini, iaitu mesin busar penggelek , telah tiba di Koloni Amerika menjelang tahun 1740-an. Pada tahun 1793, Whitney mereka cipta cara yang lebih cepat, lebih jimat untuk mengasingkan biji kapas dari seratnya. Mesin busar kapasnya membantu menjadikan kapas |