Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Bermaksud :

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEPINDING BUSUK UMUM 
SKUNK

Skunk ialah haiwan kecil berbulu, mempunyai

tanda hitam putih yang tersendiri. Haiwan ini

terkenal kerana cecair berbau busuk yang

disemburkannya apabila ketakutan atau berada

dalam bahaya. Baunya sukar hilang, dan kekal

berhari-hari lamanya.

UMUM 
DATURA

Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok

beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s

trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali

sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya

bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan

bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga

warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan

tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di

seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia.

UMUM 
PIRIT

Pirit atau kadangkala dikenali sebagai “emas

palsu”, ialah sebatian besi dan sulfur, FeS. Nama

lain baginya ialah pirit besi. Pirit didapati di

banyak tempat dan sering disalah anggap sebagai

emas. Ia boleh dibezakan daripada emas dengan

memanaskannya. Emas tulen tidak akan bertindak

balas apabila dipanaskan, tetapi pirit akan berasap

dan mengeluarkan bau busuk.

UMUM 

Kembali ke atas