BUTANG | Butang ialah objek bulat leper atau objek berbentuk lain yang digunakan untuk merapatkan pakaian. Butang dijahit pada satu sisi pakaian dan dimasukkan ke dalam lubang butang atau gelung di sisi yang satu lagi. | UMUM | |
AUSTRALIT | Australit ialah batu kecil, berbentuk kaca yang ditemui di bahagian selatan Australia. Para pelombong terdahulu menamainya batu butang, butang lelaki gelap, atau batu emu. Kebanyakan batu ini bergaris pusat kira-kira 2.5 sentimeter dan berwarna hitam atau hijau pekat. Batu yang sama telah dijumpai di bahagian lain di dunia ini. Ahli sains menamai batu ini sebagai tektit, tetapi mereka kurang pasti asal usul batu ini. Beberapa orang ahli sains percaya bahawa tektit ialah meteorit kecil. Ada pula yang percaya bahawa ia adalah hasil perlanggaran meteorit. Lihat Tektit. | UMUM | |
TEKTIT | Tektit ialah batu yang berkaca-kaca yang mungkin kelihatan seperti titisan air mata, bola, cakera, rod, dumbel, atau butang. Beberapa tektit kelihatan seperti bongkah. Banyak tektit sebesar kekeras, tetapi sesetengahnya adalah mikrokupik. Tektit berwarna hitam, hijau, atau kuning jingga dan ia biasanya mempunyai permukaan beralur atau berliang. | UMUM | |
MESKALINA | Meskalina ialah sejenis dadah kuat yang boleh mengubah apa yang dilihat dan didengar serta meningkatkan emosi seseorang. Dadah ini diperoleh daripada bahagian atas atau ‘butang’ pokok kaktus peyote, yang banyak tumbuh di kawasan Mexico dan Tenggara Amerika Syarikat. Native American Church yang mempunyai ahli daripada kalangan Orang Asli Amerika, menggunakan peyote dalam upacara suci keagamaan. Di Amerika Syarikat, Undang-undang Persekutuan mengharamkan pemilikan atau penggunaan dadah ini kecuali untuk tujuan keagamaan itu sahaja. | UMUM | |
BUNGA JAGUNG | Bunga jagung ialah tumbuhan yang mengeluarkan bunga kecil berbentuk seperti butang. Biasanya bunga ini berwarna biru, tetapi sesetengah jenis mempunyai bunga berwarna samar, ungu, atau putih. Bunga ini lebarnya 2.5 sentimeter hingga 4 sentimeter. | UMUM | |