CACAT | | UMUM | |
PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT ANGGOTA MALAYSIA | persatuan yang ditubuhkan untuk kemajuan, kepentingan dan kesejahteraan am pada ahlinya serta orang cacat lain di negara ini. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1976 oleh orang-orang cacat anggota sendiri. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERSATUAN ORANG CACAT MALAYSIA | Menjaga kebajikan orang cacat. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
DERUAN JANTUNG | Deruan jantung ialah bunyi yang tidak normal pada denyutan jantung seseorang. Deruan organik ialah gejala penyakit jantung. Ia terjadi apabila darah mengalir melalui injap jantung yang cacat atau merentasi kecacatan di antara kebuk jantung. | UMUM | |
KENAN | KENAN, tanda atau cacat pada kulit atau anggota-anggota tubuh yang lain semenjak seseorang itu lahir. Selain itu, kenan juga merupakan keganjilan tertentu, terutamanya pada gerak-geri ataupun kelakuan yang merupakan bawaan semenjak lahir atau kecil. | BUDAYA | Konsep |
KAUNSELING GENETIK | Kaunseling genetik ialah teknik menentukan kemungkinan bayi yang bakal lahir. Pakar bidang ini yang digelar kaunselor genetik dapat membuat ramalan yang tepat kemungkinan pasangan suami isteri itu melahirkan anak yang mengalami cacat keturunan. | UMUM | |
SEKOLAH GAYA POS | Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan yang mengajar melalui surat-menyurat antara guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana mereka bekerja pada waktu siang. Dengan mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos mempunyai keburukan kerana perhubungan peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar. | UMUM | |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
BOSCH, HIERONYMUS | Bosch, Hieronymus (1450?–1516), pelukis Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych (lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda, kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible, ilmu sihir, alkimia, dan astrologi. | UMUM | |
SUNGAI GANGES | Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di India dan salah satu sungai yang terpanjang di dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa. Mereka yang sakit dan cacat datang dengan harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu, sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu, bahasa utama orang India, ialah Ganga. | UMUM | |