TAHUN CAHAYA | Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan 9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi adalah tersangat luas hinggakan bintang yang paling hampir dengan bumi – selain dari matahari – ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang (Bintang di dalam alam semesta). | UMUM | |
METER CAHAYA | Meter cahaya ialah satu alat yang digunakan untuk menyukat kecerahan cahaya. Meter cahaya mempunyai pelbagai kegunaan yang khusus. Contohnya, ahli astronomi menggunakannya untuk menyukat kecerahan cahaya bintang. Jurutera pencahayaan menggunakannya untuk menyukat kecerahan lampu rumah dan pejabat. Jurufoto menggunakannya untuk menyukat keamatan cahaya di tempat mereka mengambil gambar. | UMUM | |
PEMBELAUAN FRAUNHOFER | Berlaku apabila cahaya dari sumber cahaya yang selari dengan kanta dihalang oleh celah pembelau dan difokuskan ke atas layar menggunakan kanta di belakang celah tersebut sehingga jarak sumber cahaya dan layar adalah infinit dari celah pembelau. | FIZIK | Fenomena |
OPTIK | Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan, bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan. Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua- duanya tidak boleh dilihat. | UMUM | |
CAHAYA ZODIAK | | UMUM | |
CAHAYA TERKUTUB | | UMUM | |
CAHAYA ARKA | | UMUM | |
CAHAYA | | UMUM | |
KESAN ZEEMAN | Kesan Zeeman ialah pemisahan suatu garis spektrum apabila sumber cahaya dikenakan pada medan magnet. Garis-garis cahaya spektrum terbentuk apabila elektron dalam atom bertukar dari satu paras tenaga ke satu paras tenaga yang lain (lihat Cahaya [Sumber cahaya]). | UMUM | |
TIUB FOTOPENDARAB | Tiub fotopendarab ialah suatu pengesan cahaya elektronik yang amat sensitif. Kebanyakan tiub fotopendarab lebih sensitif kepada cahaya berbanding mata manusia, dan digunakan untuk mengukur keamatan cahaya yang terlalu lemah. Misalnya, ahli fizik menggunakannya dalam pembilang kelipan untuk menyukat cahaya yang dikeluarkan oleh sinar kosmik, zarah nuklear, sinar gama, atau sinar-x. Lihat Sinaran [Pembilang kelipan]. | UMUM | |