ANDROMEDA | Andromeda ialah satu kumpulan bintang Hemisfera Cakerawala Utara. Ia menganjur dari kumpulan Perseus ke hujung timur laut segi empat utama kumpulan Pegasus. | UMUM | |
PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
ASTROLOGI | Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan, planet dan bintang kononnya berkaitan dengan kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola yang boleh menggambarkan watak atau masa depan seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi. Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang berasal lebih 2000 tahun dahulu. | UMUM | |
TELESKOP | Teleskop ialah alat yang menampakkan objek yang jauh kelihatan besar. Ahli astronomi menggunakan teleskop untuk mengkaji planet, bintang, dan lain-lain jasad cakerawala. Tanpa teleskop, kita hanya tahu sedikit tentang alam semesta di luar planet kita. | UMUM | |
SYAIR ALEGORI | SYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya. | SASTERA | Konsep |
CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. | SASTERA | Konsep |