| CALCUTTA | | UMUM | |
| THE BLACK HOLE OF CALCUTTA | Bilik (penjara) kurungan bawah tanah yang tereletak di fort William, milik Syarikat Hindia Timur British di Calcutta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| MADRAS | Madras (pend. 3 795 028; pend. kaw. met. 5 361 468) ialah bandar keempat terbesar di India. Hanya Bombay, Delhi dan Calcutta yang mempunyai lebih ramai penduduk. Madras terletak di pantai tenggara India. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). Kini, Madras dikenali dengan nama Chennai. | UMUM | |
| PRASAD, RAJENDRA | Prasad, Rajendra (1884–1963) ialah pemimpin perjuangan kebangsaan yang terkenal di India. Dia lahir di utara Bihar. Prasad mendapat pendidikan di Calcutta dan lulus sebagai peguam. | UMUM | |
| DARJEELING | Darjeeling (pend. 57 603) ialah ibu negeri musim panas Benggala Barat dan pusat pentadbiran daerah Darjeeling. Daerah ini terletak di utara Calcutta, iaitu di sebelah timur India, berhampiran sempadan Nepal. | UMUM | |
| TELUK BENGGALA | Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan Hindi, yang bersempadan dengan India, Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta, Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza. Kepulauan Andaman dan Nicobar serta Kepulauan Mergui terletak di timur teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi ombak gadang ada kalanya berlaku di teluk ini pada penghujung musim monsun (September/Oktober). | UMUM | |
| TERESA, MOTHER | Teresa, Mother (1910–1997), ialah biarawati Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India. Pertubuhan ini dikenal sebagai “Missionaries of Charity”. Pertubuhan agama ini memberikan bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim, pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50 buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah cawangan di negara lain. | UMUM | |
| BHUBANESWAR | Bhubaneswar (pend. 411 542) ialah bandar di India yang merupakan pusat suci bagi penganut Hindu. Ia menjadi ibu negeri Orissa semenjak tahun 1948. Bhubaneswar terletak kira-kira 320 kilometer di barat daya Calcutta di cabang Sungai Mahanadi. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |
| ZAID AHMAD | ZAID AHMAD (1944- ), penulis. Dia lahir pada bulan Mei 1944 di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pasir Mas hingga lulus Darjah Enam. Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan hingga lulus FMC pada tahun 1963. Selepas itu, dia menuntut pula di Central Inland Fisheries Institute, Calcutta, India. Pada tahun 1975, dia mengikuti program ASEAN Training Course di Sukabujmi, Indonesia. Kini dia bertugas sebagai pegawai perikanan di Machang, Kelantan. | SASTERA | Tokoh |