PERJANJIAN GIYANTI | PERJANJIAN GIYANTI (1755), perjanjian yang ditandatangani oleh Belanda dan pemimpin-pemimpin Pulau Jawa untuk menamatkan peperangan di Pulau Jawa. Peperangan ini berlaku apabila pengasas empayar Mataram, Sultan Agung (1613 – 1646) mangkat. Mataram menghadapi perang saudara kerana beberapa pihak berebut untuk menaiki takhta Mataram. Dalam peperangan yang meletus, pihak Belanda campur tangan untuk kepentingan mereka. Calon-calon yang mereka sokong merebut takhta Mataram akan terhutang budi kepada Belanda dan kemudiannya memberi kemudahan ekonomi dan wilayah kepada Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PANGERAN MANGKUBUMI | PANGERAN MANGKUBUMI ( ? -? ), Sultan Yogyakarta yang pertama dengan gelaran Sultan Hamengku Buwono I. Dia adalah putera Susuhunan Amangkurat IV, Raja Mataram yang terakhir. Pangeran Mangkubumi adalah salah seorang pembesar Jawa. Dia terkenal dalam pemerintahan di Jawa kerana terlibat dalam pemberontakan menentang penjajahan Belanda dan juga dia tidak puas hati dengan calon-calon pengganti pemerintah Jawa yang memberi kepentingan kepada pihak Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PILIHAN RAYA | Pilihan raya ialah proses orang ramai memilih calon atau pemimpin pilihan mereka. Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin dalam pelbagai organisasi. Contohnya, persatuan kemasyarakatan, kesatuan perdagangan, kelab sukan dan sosial, kerajaan dan pelbagai pertubuhan dan institusi awam dan persendirian. | UMUM | |
KOKUS | Kokus ialah mesyuarat ahli sesuatu parti politik untuk menamakan calon suatu jawatan atau memutuskan suatu polisi. | UMUM | |
PROPAGANDA | Propaganda ialah komunikasi sepihak yang bertujuan untuk mempengaruhi cara orang ramai berfikir dan bertindak. Iklan di televisyen atau poster yang menggesa orang ramai mengundi seseorang calon politik mungkin berbentuk propaganda bergantung pada kaedah pemujukannya. | UMUM | |
NICHOLAS II | Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus. Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya bermakna menerima, calon yang dicadangkan. | UMUM | |
PERWAKILAN BERKADAR | Perwakilan berkadar ialah satu sistem memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya daripada jumlah keseluruhan undi dalam pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih. Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas: (1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama; (2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk memberikan setiap parti politik bahagian undi yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur- unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan Sistem Hare . | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI | ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh Orang Sungai di daerah Labuan-Sugut, Sandakan dan utara Kinabatangan, Sabah. Calon isteri ditentukan oleh ibu bapa mereka. Malah dalam beberapa keadaan, sesuatu perkahwinan diatur terlebih dahulu sebelum seseorang anak itu dilahirkan. Hingga kini penglibatan ibu bapa dalam urusan perkahwinan masih tidak diketepikan. | BUDAYA | Konsep |
SEWARD, WILLIAM HENRY | Seward, William Henry (1801–1872), berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861– 1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar negara, negara-negara Eropah tidak memberi sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden Andrew Johnson. | UMUM | |
REAGAN, RONALD WILSON | Reagan, Ronald Wilson (1911–2004) ialah Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Dia menganggotai parti Republikan dan pertama kali dipilih ke Rumah Putih pada tahun 1980. Reagan adalah seorang presiden yang popular. Pada tahun 1984, dia memenangi pemilihan semula sebagai presiden setelah mengalahkan calon Demokrat, Walter F. Mondale, dengan majoriti yang besar. | UMUM | |