CAMBRIDGE UNIVERSITY | | UMUM | |
CAMBRIDGE | | UMUM | |
UNIVERSITY OF CAMBRIDGE | Universiti British yang terkenal di dunia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |
ACTON, LORD | Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an. Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah buku berpengaruh Cambridge Modern History . Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya. Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah, dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak). | UMUM | |
MUHAMMAD SALEHUDDIN | MUHAMMAD SALEHUDDIN (1914-1982), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama penuhnya ialah Muhammad Salehuddin @ Ismail bin Abdul Jalil. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Panglima Garang, Selangor dan lulus Darjah Lima pada tahun 1926. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese School, Kelang dan selepas beberapa bulan kemudian berpindah ke Sekolah Tinggi Kelang hingga lulus peringkat Junior Cambridge. Dia lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOORE, GEORGE EDWARD | Moore, George Edward (1873–1958), ahli falsafah British yang mempengaruhi ramai ahli falsafah sezaman di United Kingdom. Dia mempertahankan pandangan waras dan menggalakkan kajian ‘bahasa biasa’ sebagai alat falsafah. Moore lahir di London. Dia menjadi profesor falsafah di Cambridge University dan untuk hampir 30 tahun mengedit jurnal falsafah Mind. Tulisannya termasuk Principia Ethica (1903), Ethics (1912) dan A Defence of Common-sense (1925). | UMUM | |
SYEIKH GHARIEB SYEKH RAOUF | SYEIKH GHARIEB SYEIKH RAOUF (1923-1975), ahli politik. Beliau lahir pada 19 Ogos 1923 di Batu Pahat, Johor. Beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana. Bapanya seorang peniaga yang berasal dari Siak Inderapura, Sumatera. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian, beliau belajar di High School, Batu Pahat dan seterusnya di English College, Johor Bahru. Beliau lulus peperiksaan Junior Cambridge tetapi tidak sempat menduduki peperiksaan Senior Cambridge kerana Perang Dunia Kedua telah merebak ke Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |