Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pa] | چمڤا

Definisi : ; harimau ~ harimau koreng yg garang dan berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISLAM DI CAMPA

ISLAM DI CAMPA, perkembangan agama Islam di Campa yang bermula pada tahun 953 M. Kerajaan Campa wujud sejak abad ke-2 M. hingga abad ke-19 di kawasan yang sekarang dikenal sebagai Vietnam Tengah. Sepanjang sejarah kerajaan Campa, ibu kotanya sering dipindahkan iaitu di Indrapura, Amarawati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga.  Sesudah Vietnam menduduki kerajaan Campa, ramai orang Campa melarikan diri ke Kemboja, Thailand, serta ke kawasan lain di Nusantara seperti Melaka, Jawa dan Aceh. Sebahagian daripada mereka merantau ke bahagian selatan iaitu Panduranga yang sekarang dikenal sebagai Phanrang di Vietnam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BAHASA MELAYU CAMPA BAHASAKonsep
CAMPA

CAMPA, sebuah kerajaan yang pernah wujud di Semenanjung Indo-China, terletak antara garis lintang 11° dan 18°U, iaitu dari kawasan Tanjung St. Jacques hingga Pintu Gerbang Annam.  Kini Campa dikenal sebagai Vietnam Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PANDURANGA

PANDURANGA, sebuah negeri dalam kerajaan Campa.   Majoriti penduduknya orang Cam daripada rumpun Melayu.  Mereka beragama Islam dan ada juga penganut Hindu. Panduranga, khususnya kawasan Cana, terkenal sebagai kawasan garam terbesar di Campa.  Panduranga juga tempat tinggalan candi seperti Po Kluang Garay dan Po Rome, dan arkib dalam bentuk manuskrip bertulisan huruf Cam, Nom dan Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
CHE BONG NGA

CHE BONG NGA ( ? -1390), Raja Campa (m.m. 1360-1390). Menurut dokumen China, baginda dikenal sebagai Ngo-ta Ngo-tcho; dan Po Binasuor dalam dokumen bahasa Cam. Dia pernah diberi gelaran 'Pahlawan Perkasa' dalam catatan Cam. Dalam Syair Siti Zubaidah Perang China dia dikenal sebagai Sultan Zainal Abidin.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNAN AMPELSUNAN AMPEL (1401-1478), ulama dan pendakwah Indonesia.  Dia lahir di Campa.  Nama sebenarnya ialah Sayid Ali Rahmatullah.  Dia juga dikenal sebagai Raden Rahmat.  Sunan Ampel adalah salah seorang daripada ulama dan pendakwah kumpulan Walisongo yang berasal dari Jawa.  Bapanya bernama Ibrahim al-Ghazi, seorang ulama besar di Samarkand, dekat Bukhara.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ORANG ACEH

ORANG ACEH, suku            kaum yang berasal dari Aceh, Sumatera Utara, Indonesia. Orang Aceh dipercayai berasal dari Keling, Madras dan Malabar di India dan mereka beragama Hindu. Setelah Islam tersebar, mereka memeluk agama Islam di Aceh. Orang Aceh juga dipercayai berasal dari negara Arab, Parsi dan Turki. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa orang Aceh berasal dari Campa (Indochina).

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
FUNAN

FUNAN, kerajaan Melayu tua yang ditubuhkan pada abad pertama Masihi. Funan merupakan sebuah kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu. Batu bersurat Funan yang pertama ditemui dalam bahasa Sanskrit selepas satu abad setengah daripada atrikh penubuhannya oleh seorang brahmin yang berkahwin dengan seorang puteri Funan. Nama asal Funan tidak diketahui tetapi perkataan tersebut disesuaikan dengan sebutan Cina daripada perkataan Khmer “bnam” atau “phnom” yang bermaksud gunung. Pusat kerajaan Funan terletak di kawasan delta Sungai Mekong. Pada masa kemuncak kekuasaannya wilayah Funan meliputi Vietnam Selatan, bahagian tengah Mekong, sebahagian besar lembah Sungai menam dan Semenanjung Melayu. Seperti Campa, Funan merupakan sebuah persekutuan daripada beberapa buah negeri kecil yang berpengaruh Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas