CAMPUR TANGAN KEMANUSIAAN | Campur tangan kemanusiaan ialah segala bentuk gangguan atau pencerobohan dalam hal ehwal sesebuah negara oleh pihak asing, lazimnya negara luar, kumpulan negara, serta organisasi antarabangsa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
CAMPUR TANGAN | | UMUM | |
DOKTRIN MONROE | Doktrin Monroe, dilancarkan oleh Presiden James Monroe dalam satu ucapannya di Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Doktrin ini menjamin semua negara yang merdeka di Hemisfera Barat daripada campur tangan negara Eropah sama ada “untuk tujuan menindas mereka atau mengawal kehidupan mereka dengan apa cara sekalipun.” | UMUM | |
PULAU PANGKOR | PULAU PANGKOR, pulau jajahan negeri Perak yang terletak di Selat Melaka. Di pulau inilah termeterainya satu perjanjian yang dikenal dalam sejarah Malaysia sebagai Perjanjian Pangkor (1874). Perjanjian itu menandakan bermulanya campur tangan pihak British dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERANG PAHANG | PERANG PAHANG, kebangkitan orang Pahang menentang penjajahan British. Perang ini berlaku pada tahun 1891 akibat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap campur tangan British dalam pentadbiran Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
KESULTANAN PERLIS | KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lampau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF | RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF (? – 1927), penulis dan tokoh agama. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Raja Ali. Dia ialah anak Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10. Gelaran ‘Kelana’ ditambah di hujung nama Raja Ali sebagai tanda dia telah dilantik sebagai calon Yang Dipertuan Muda. Walau bagaimanapun, jawatan itu akhirnya disandang oleh Raja Abdul Rahman (saudaranya berlainan ibu) akibat campur tangan Belanda. Di Riau, Raja Ali Kelana dikenal sebagai Engku Ali Johor, manakala di Johor dan Singapura, dia dikenal sebagai Engku Ali Riau. Di Pulau Penyengat, dia digelar Engku Ali Bukit. | SASTERA | Tokoh |
PERANG BUKIT PUTUS | PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan. Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta. Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERJANJIAN GIYANTI | PERJANJIAN GIYANTI (1755), perjanjian yang ditandatangani oleh Belanda dan pemimpin-pemimpin Pulau Jawa untuk menamatkan peperangan di Pulau Jawa. Peperangan ini berlaku apabila pengasas empayar Mataram, Sultan Agung (1613 – 1646) mangkat. Mataram menghadapi perang saudara kerana beberapa pihak berebut untuk menaiki takhta Mataram. Dalam peperangan yang meletus, pihak Belanda campur tangan untuk kepentingan mereka. Calon-calon yang mereka sokong merebut takhta Mataram akan terhutang budi kepada Belanda dan kemudiannya memberi kemudahan ekonomi dan wilayah kepada Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
GERAKAN PADRI | GERAKAN PADRI, gerakan reformasi Islam secara radikal di Minangkabau pada awal abad ke-19. Gerakan Padri atau Pidari yang ertinya mungkin ‘orang dari Pidie’, mempunyai tiga tujuan iaitu berusaha mengadakan pembaharuan kehidupan keagamaan, penyebaran Islam ke Tapanuli Selatan dan penentangan terhadap kekuasaan Belanda. Gerakan parti dapat dikategorikan dalam tiga tahap, iaitu reformasi Islam dan konflik sosial (1803-1821), campur tangan Belanda dan perang saudara (1821-1832) dan penentangan rakyat terhadap Belanda (1833-1841). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |