Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11 dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan mewarisi takhta pemerintahan daripada ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap mengamalkan polisi peluasan negara sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini. Baginda merupakan antara sultan yang tidak pernah turun ke medan perang. Walau bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau Cyprus dari tangan orang Bonodochia. Kemenangan tersebut disebabkan adanya beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman dapat diambil semula selepas pemberontakan yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah. |