IKAN TULANG | Ikan tulang hidup di perairan lautan panas. Ada dua jenis ikan tulang: ikan tulang biasa yang banyak terdapat; dan ikan tulang Hindia Barat yang ditemui hanya pada tahun 1910. | UMUM | Umum |
IKAN TROPIKA. | Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika. Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah. Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira 2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira 600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
| UMUM | Umum |
MELEMBING IKAN | Melembing ikan ialah sukan memburu ikan dalam air dengan menggunakan lembing atau tiruk, atau menggunakan senapang yang melancarkan lembing. Penggemar melembing ikan memburu ikan di dalam sungai, tasik, dan lautan di seluruh dunia. Ikan yang ditangkap dijadikan makanan. Sesetengah ahli biologi menggunakan kaedah melembing ikan apabila menanda ikan untuk tujuan penyelidikan, tanpa mencederakan ikan tersebut. | UMUM | |
IKAN RAJA | Ikan raja ialah nama yang diberi kepada beberapa ikan yang berbeza. Ia termasuk dua ikan makanan yang penting daripada famili mackerel dan ikan raja utara, atau king whiting, daripada famili croaker.
| UMUM | Umum |
IKAN SEBELAH | Ikan sebelah ialah nama beberapa ikan air masin. Ikan ini mempunyai badan yang kelihatan pipih sebelah | UMUM | Umum |
IKAN PUTIH | Ikan putih ialah nama sekumpulan ikan yang hidup di air tawar. Ikan putih terdapat di banyak tasik dan anak sungai di kawasan utara Eropah, Asia, dan Amerika Utara. | UMUM | Umum |
IKAN PICU | Ikan picu ialah sejenis ikan yang hidup di laut panas dan lautan tropika. Kebanyakan ikan ini kurang daripada 45 sentimeter panjangnya, berbadan agak bulat dan pipih di sisinya.
| UMUM | Umum |
IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
IKAN SISA NABI | Ikan sisa nabi ialah nama famili ikan pipih yang tengkoraknya herot hinggakan kedua-dua matanya terletak pada sisi badan yang sama. Ikan sisa nabi hidup dalam laut panas dekat pantai. Matanya kecil dan terletak rapat dengan satu sama lain. Mulutnya bengkok, badannya pipih dan berbentuk bujur. Ikan ini mempunyai sirip ekor yang membulat. | UMUM | Umum |
PERIKANAN | Perikanan ialah kawasan yang membekalkan banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah, hering, sardin dan tuna menyumbang kepada sebahagian besar sumber perikanan dunia yang terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan pengurusan perikanan untuk memulihara ikan. Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim penangkapan ikan. | UMUM | |