PANDURANGA, sebuah negeri dalam kerajaan Campa. Majoriti penduduknya orang Cam daripada rumpun Melayu. Mereka beragama Islam dan ada juga penganut Hindu. Panduranga, khususnya kawasan Cana, terkenal sebagai kawasan garam terbesar di Campa. Panduranga juga tempat tinggalan candi seperti Po Kluang Garay dan Po Rome, dan arkib dalam bentuk manuskrip bertulisan huruf Cam, Nom dan Cina.
Thanks for clicking. That felt good.