Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangunan purba yg dibuat drpd batu (tempat orang Hindu atau Buddha menyem­bah berhala, menyimpan abu mayat, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata candi I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CANDI KALASAN

CANDI KALASAN, bangunan agama Buddha.  Candi ini terletak sekitar 14 km di sebelah timur Yogyakarta, Indonesia.  Candi ini berupa sebuah bangunan tinggi yang diperbuat daripada batu, yang atap dan sebahagian biliknya telah rosak.  Pemugaran yang dilakukan dari tahun 1927 hingga tahun 1929 tidak berhasil mengembalikannya kepada bentuk asal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
CANDI BOROBUDUR

Candi Borobudur ialah stupa Mahayana Buddha yang terbesar dan terkenal di dunia. Ia dikategorikan antara monumen yang terhebat di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
CANDI BUKIT BATU PAHAT

CANDI BUKIT BATU PAHAT, monumen berusia lebih daripada 1000 tahun mengikut takrif Akta Bendapurba 1976, terletak di Lembah Bujang, Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
CANDI SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
ANGKOR WAT

Angkor Wat, kompleks candi istana Hindu-Buddha di Kemboja yang dipercayai terbesar di dunia dan mempunyai perhiasan ukiran yang mengagumkan.

KEJURUTERAANArtifak/Mentifak
MATARAM

MATARAM, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia.  Sejarahnya dapat dibahagikan kepada dua tahap utama iaitu pra-Islam dan Islam.  Bukti kewujudan kerajaan Mataram terdapat dalam beberapa buah inskripsi.  Inskripsi yang terawal dijumpai di dalam Candi Siva di Canggal, di bahagian timur laut Candi Borubodur, Jawa Tengah, yang bertarikh 732 M.  Tulisan inskripsinya dalam bahasa Sanskrit.  Maklumat yang terkandung dalam inskripsi tersebut adalah tentang Raha Sanjaya Mataram mendirikan sebuah ‘lingga’ di Kunjarakunja iaitu di Jawa Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BOROBUDUR

BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur.

Borobudur yang bererti ‘Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit’ atau ‘Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa’ mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M.  Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M.  Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
PANDURANGA

PANDURANGA, sebuah negeri dalam kerajaan Campa.   Majoriti penduduknya orang Cam daripada rumpun Melayu.  Mereka beragama Islam dan ada juga penganut Hindu. Panduranga, khususnya kawasan Cana, terkenal sebagai kawasan garam terbesar di Campa.  Panduranga juga tempat tinggalan candi seperti Po Kluang Garay dan Po Rome, dan arkib dalam bentuk manuskrip bertulisan huruf Cam, Nom dan Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PALEMBANG

PALEMBANG, ibu kota dan pusat pemerintahan kerajaan Sriwijaya dari abad ke-7 M. hingga abad ke-11 M.  Palembang terletak di tebing Sungai Musi, di pantai timur Pulau Sumatera, Indonesia. Kota yang terletak lebih kurang 80 km dari kuala sungai ini tidak banyak menunjukkan yang ia pernah menjadi sebuah kota yang teragung kerana tidak ada tinggalan monumen besar, candi, benteng atau biara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas