MATARAM, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia. Sejarahnya dapat dibahagikan kepada dua tahap utama iaitu pra-Islam dan Islam. Bukti kewujudan kerajaan Mataram terdapat dalam beberapa buah inskripsi. Inskripsi yang terawal dijumpai di dalam Candi Siva di Canggal, di bahagian timur laut Candi Borubodur, Jawa Tengah, yang bertarikh 732 M. Tulisan inskripsinya dalam bahasa Sanskrit. Maklumat yang terkandung dalam inskripsi tersebut adalah tentang Raha Sanjaya Mataram mendirikan sebuah ‘lingga’ di Kunjarakunja iaitu di Jawa Tengah.
Thanks for clicking. That felt good.