OVID | Ovid (43 S.M. – 17 M.?) ialah penyair Rom yang termasyhur. Dia paling dikenali kerana puisi cintanya yang bersifat jenaka, pintar dan canggih. | UMUM | |
SONDHEIM, STEPHEN | Sondheim, Stephen (1930– ) ialah penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk drama <i>Sunday in the Park with George i>(1984). Dia memenangi Academy Award untuk lagu “Sooner or Later” daripada filem <i>Dick Tracy i>(1990). | UMUM | |
PERKAKAS MESIN | Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini boleh membengkokkan, memotong, menggerudi, mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin yang lebih canggih membabitkan penggunaan tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan peranan penting dalam pembuatan hampir semua produk logam, antaranya ialah bahagian basikal, kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil, juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan menggunakan perkakas mesin. | UMUM | |
SENI FOTO KIRLIAN | Seni foto Kirlian ialah proses mencipta imej sesuatu objek dengan mendedahkan objek tersebut kepada satu medan elektromagnet. Proses ini juga dikenali sebagai <i> pengimejan i> <i> discas elektromagnet i> (EDI). Objek yang dirakamkan dengan cara ini kelihatan seperti dikelilingi oleh discas cahaya. Imej itu dapat dihasilkan dengan kaedah seni foto biasa atau melalui teknik yang lebih canggih. | UMUM | |
BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU | BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU, badan yang menyelenggarakan usaha membina bahasa, menyempurnakan bentuk dan aturannya supaya dapat bahasa itu berfungsi sebagai bahasa moden, bahasa saluran fikiran dan perasaan yang canggih dan sebagai wahana budaya tinggi sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa utama sesuatu masyarakat. | BAHASA | Konsep |
TENNIEL, SIR JOHN | Tenniel, Sir John (1820–1914) ialah kartunis dan pengilustrasi buku Inggeris. Dia menghasilkan ilustrasi untuk buku <i> Alice i><i> ’s Adventures in i> <i> Wonderland i>(1865) dan <i> Through the Looking-Glass i> (1871) karya Lewis Carrol. Dia juga terkenal dengan kartun politiknya yang disiarkan dalam majalah <i> Punch i>. Dia bekerja dengan majalah tersebut selama 50 tahun mulai tahun 1850. Dia dikagumi kerana karyanya yang asli, bermartabat dan berteknik canggih. Tenniel dan beberapa artis lain yang sezaman dengannya membantu mengekalkan kedudukan penting Great Britain dalam bidang ilustrasi buku. Dia lahir di London. Lihat juga Carrol, Lewis (Buku-buku Alice)<i> ; i> Kesusasteraan untuk kanak-kanak (gambar: <i> Through the Looking-Glass i>). | UMUM | |
SLANGA | Slanga ialah jenis bahasa yang tidak formal apabila kata dan frasa digunakan dengan cara baru atau luar biasa. Banyak istilah slanga adalah ekspresif, lucu, dan jelas. Sesetengahnya adalah kasar dan menyinggung perasaan. Ungkapan slanga boleh jadi kata baru, seperti <i>glitzy i>(terlalu terang dan menjolok mata) atau <i>hype i>(pengiklanan yang bergantung pada gimik atau muslihat). Ia juga boleh jadi kata lama yang mengalami perubahan makna, seperti <i>magic i>(menakjubkan) atau <i>cooli> (canggih dan terkawal diri). | UMUM | |