DAWAI BERDURI | Dawai berduri, dibuat daripada dua atau lebih dawai keluli yang dipintal bersama dan mempunyai cangkuk bak duri dalam jarak dekat-dekat. Ia dijadikan pagar, khususnya untuk memagar haiwan ternakan. | UMUM | |
SLOTH | Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus bergayut pada pokok untuk beberapa masa selepas ia mati. | UMUM | |
PARI SENGAT | Pari sengat ialah ikan pari atau ikan yang agak leper. Ekornya yang panjang, bak cambuk mempunyai satu atau dua duri yang tajam di belakang ekornya, berhampiran dengan tengahnya. Duri ini mempunyai cangkuk di sepanjang tepinya, dan di pangkal duri terdapat kelenjar beracun. | UMUM | |
ROTAN | Rotan ialah bahan yang liat, berserabut. Ia berasal daripada batang jenis palma yang tumbuh di timur India, Afrika. Pokok ini tergolong dalam genus palma yang dikenali sebagai <i> Calamus i> . Batang rotan boleh tumbuh sehingga melebihi 150 meter panjangnya. Pokok ini memanjat pokok-pokok lain dengan cangkuk halus pada daunnya. | UMUM | |