NIOBE | Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak perempuan yang cantik-cantik, dia berhak dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis. Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah. Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi batu yang mengeluarkan air seperti air mata. Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang kini ialah Turki. | UMUM | |
RAMA-RAMA | Rama-rama merupakan salah satu serangga yang paling cantik. Manusia terpesona dengan sayap rama-rama yang berwarna-warni, halus, dan cantik. Kecantikan dan gaya lemah-gemalai rama-rama memberi ilham kepada pelukis dan penyair. | UMUM | |
TASIK COMO | Tasik Como, tempat yang cantik dan masyhur di bahagian utara Itali. Dalam bahasa Itali, Tasik Como dikenali sebagai Lago di Como . Tasik ini terletak di wilayah Lombardy di kaki Pergunungan Alps. Tasik tersebut meliputi sebuah kawasan seluas 145 kilometer persegi. Pantainya dibarisi rumah-rumah musim panas yang cantik, taman indah dan ladang anggur yang subur. Sungai Adda mengalir melalui Tasik Como. Setiap tahun, beribu-ribu pelancong melawat Como yang merupakan bandar utama di tasik tersebut. | UMUM | |
ARETHUSA | Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis. Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana kasihankan perempuan itu, Artemis menukarkannya menjadi mata air. Namun demikian, Alpheus berjaya menawannya dan kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani menggunakan mitos ini untuk menerangkan mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy Bysshe Shelley. | UMUM | |
SWALLOW | Swallow ialah burung kecil yang cantik dan menarik. Ia mempunyai sayap yang panjang dan kuat, dan kaki kecil, lemah yang hanya sesuai untuk bertenggek. Ia mempunyai mulut yang besar yang sesuai untuk menangkap serangga, yang menjadi makanan utamanya. Ia memakan banyak nyamuk. | UMUM | |
OAK LEMBUT | Oak lembut ialah pokok yang cantik dan cepat tumbuh di Australia. Pokok ini tumbuh di hutan subtropika kering di New South Wales dan Queensland. Tingginya mencapai 40 meter dan daunnya bak daun pakis yang terbahagi dalam- dalam. Ia mempunyai jambak bunga berwarna jingga kekuningan pada spika bunganya yang panjang. | UMUM | |
NEREIDS | Nereids ialah 50 dewi laut yang cantik yang menghadiri pertemuan tuhan laut, iaitu Poseidon dan Amphitrite. Nereid ialah anak-anak kepada dewi laut Doris dan Nereus yang juga dikenali sebagai Orang Tua Laut. Nereid tinggal di laut dan timbul di permukaan untuk menari di dalam ombak. Pemimpin mereka ialah Thetis, iaitu ibu kepada wira Archilles. Nereid yang terkenal termasuklah Psamathe dan Galatea. Lihat Andromeda; Nereus. | UMUM | |
LILAC | Lilac ialah pokok renek yang cantik yang disukai di seluruh dunia kerana bunganya wangi. Lilac biasa dari tenggara Eropah tumbuh setinggi enam meter dan mempunyai dahan yang merimbun dipenuhi bunga. Daunnya yang hijau lebih kurang 13 sentimeter panjangnya. Bunganya yang putih atau ungu tumbuh bergugus yang mungkin sepanjang 25 sentimeter. | UMUM | |
OAK HIDUP | Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15 meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat kapal. Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana. Lihat juga Oak; Pokok. | UMUM | |
STALAKTIT | Stalaktit ialah sejenis pembentukan batu yang cantik, yang ditemui dalam sesetengah gua batu kapur. Stalaktit tergantung dari dinding atau bumbung gua. Kebanyakannya kelihatan seperti jurai air batu yang besar tetapi sesetengahnya menyerupai langsir atau jerami dengan lubang di tengah-tengahnya. | UMUM | |