CANTUMAN | | UMUM | |
CANTUMAN P-N | Cantuman p-n, kawasan pertemuan dua jenis semikonduktor, iaitu jenis n dan jenis p. Kebanyakan peralatan semikonduktor menggunakan cantuman di antara semikonduktor jenis n, iaitu penderma dan semikonduktor jenis p, yang bertindak sebagai penerima. | FIZIK | Alat/Alatan |
DEWA RAJA | DEWARAJA, cantuman daripada perkataan dewa, yakni tuhan dan raja yakni pemerintah. Konsep dewaraja berasal daripada kebudayaan Hindu di India. Di India, konsep dewaraja telah dieksploitasikan oleh para raja atau pemerintah untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka di dunia. Konsep dewaraja bermaksud raja merupakan penitisan daripada dewa atau tuhan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SUNGAI DVINA | Sungai Dvina ialah nama dua batang sungai di Eropah Timur. Sebatang sungai dikenali sebagai Drina Barat atau Daugava, bermula di barat Moscow, Rusia dan mengalir ke Teluk Riga di Riga, Latvia. Sungai ini panjangnya 1019 kilometer. Sebatang sungai lagi, dikenali sebagai Dvina Utara, merupakan laluan air yang penting di barat laut Rusia. Dvina Utara, terbentuk dari cantuman Sungai Sukhona dan Vychedga ialah sepanjang 732 kilometer. Ia mengalir ke Laut Putih di pelabuhan Arkhangelsk. Kapal stim belayar di Dvina. Sungai ini bercantum dengan Sungai Neva dan Volga oleh Terusan Dvina Utara. Untuk lokasi kedua-dua sungai, lihat Rusia (peta muka bumi). | UMUM | |
SITI ROHANA KUDUS | SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia. Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan. Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus. Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir, tokoh nasionalis Indonesia. Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang. Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |