ALLEN, WILLIAM CARDINAL | | UMUM | |
RICHELIEU, CARDINAL | Richelieu, Cardinal (1585–1642), salah seorang negarawan Perancis yang sangat berkebolehan. Dia menjadi pemerintah Perancis yang sebenar lebih daripada 18 tahun dan memperkukuhkan pemerintahan beraja Perancis. | UMUM | |
SIN, JAIME CARDINAL | Sin, Jaime Cardinal (1928–2005) ialah ketua biskop Roman Katolik di Manila. Dia membuat sumbangan yang berkekalan dalam sejarah Filipina. Dia menggalakkan rakyat mengambil bahagian dalam revolusi pada bulan Februari tahun 1986, yang menjatuhkan Presiden Ferdinand Marcos dan mengembalikan demokrasi di Filipina. Lihat juga Filipina, Sejarah. | UMUM | |
APONTE MARTINEZ, LUIS CARDINAL | Aponte Martinez, Luis Cardinal (1922– ), ketua biskop San Juan, menjadi orang Puerto Rico yang pertama menjadi kardinal Gereja Roman Katolik. Pope Paul VI melantiknya menjadi kardinal pada tahun 1973. Aponte Martinez lahir di Lajas, Puerto Rico dan telah ditahbiskan sebagai paderi pada tahun 1950. Pada tahun 1960, dia ditahbiskan sebagai biskop dan menjadi pembantu biskop di Ponce, Puerto Rico. Aponte Martinez diberi nama sempena dengan nama ketua biskop San Juan pada tahun 1964. | UMUM | |
MAZARIN, JULES CARDINAL | Mazarin, Jules Cardinal (1602–1661) ialah negarawan Perancis dan kardinal Gereja Roman Katolik. | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi – Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
SUNGAI RICHELIEU | Sungai Richelieu ialah sebatang sungai di Kanada yang mengalir melalui beberapa lembah yang paling cantik di Quebec. Sungai Richelieu berpunca dari Tasik Champlain, yang terletak di sempadan Quebec– Vermont. Ia mengalir ke utara sejauh 130 kilometer dan bertemu dengan Sungai St. Lawrence di Sorel, di antara Montreal dengan Trois Rivières. Kapal berlayar di sepanjang sungai ini dari Sorel ke selatan hingga ke Chambly. Sungai Richelieu mempunyai dua terusan – satu di St. Ours, ke selatan Sorel, dan satu lagi di Chambly. Sungai ini ialah laluan pengangkutan, tetapi ia lebih dikenali sebagai tempat bermain bot. Sungai ini dinamakan sempena nama Cardinal Richelieu, seorang negarawan Perancis. | UMUM | |