Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ri] | چاري

Definisi : 1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai); bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan; bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, di­buat-buat: perkara yg ~; bercari-carian saling berusaha mencari; mencari 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; mencari-cari 1. mencari dgn bersungguh­sungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh­-sungguh, (sedang) giat mencari; carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri] | چاري

Definisi : ; mencari berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. ~ akal (fikiran) berusaha mendapatkan sesuatu cara utk mencapai sesuatu; berfikir. ~ bala (susah) sengaja mencari kesusahan. ~ fasal (sebab) sengaja berbuat se­suatu utk me­nimbulkan kekacauan. ~ helah mengada-adakan sesuatu sbg alasan atau helah. ~ kesalahan (salah) sengaja berusaha utk mengetahui ke­salahan orang lain. ~ laba (untung) ber­usaha utk mendapat laba. ~ makan (nafkah, rezeki) bekerja utk menyara hidup. ~ muka melakukan sesuatu utk mendapat pujian. ~ nama melakukan se­suatu utk mendapat nama (sanjung­an, kemasyhur­an dll) drpd pihak-pihak tertentu. men­cari-cari 1 mencari dgn sungguh-sungguh: Dia merayau ke sana ke mari ~ duitnya yg hilang. 2 sengaja meng­ada-adakan sesuatu sbg sebab (alasan dll): Tak usahlah kita ~ kesalahan orang. mencarikan mencari sesuatu utk: Beliau ~ isterinya yg mengidam itu buah mempelam. tercari-cari memandang ke sana ke mari supaya menjumpai sesuatu: Janganlah dayang ~, hamba di sini tidakkah disedari? penca­rian 1 = mata ~ pekerjaan yg dibuat utk mencari nafkah: ~ hidup mereka ialah bertani. 2 hasil drpd sesuatu kerja; pendapatan: Kerana ~ orang tuanya sangat sedikit, maka ia terpaksa berhenti belajar. 3 perbuatan atau hal mencari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cari

Puisi
 

Cari rebung tanah seberang,
     Letak mari di atas tikar;
Kalau menyambung hendaklah panjang,
     Kalau menebar hendaklah lebar.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Mencari-cari beban.

Bermaksud :

Suka mencampuri urusan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAYLOR, G.A.

Taylor, G.A. (1872–1928) ialah juruterbang dan

juruteknik perintis Australia yang dianggap oleh

ramai ahli sejarah sebagai orang yang melakukan

penerbangan pertama di Australia. Dia membuat

penerbangan tersebut pada tahun 1909 di

Narrabeen, Sydney, dengan sebuah pesawat udara

peluncur yang dibinanya. Pada awal tahun 1900-an,

dia cuba mencari-cari prinsip-prinsip

penerbangan, dan pada tahun 1908, dia mula

membina serangkaian layang-layang kotak. Pada

tahun berikutnya, dia menubuhkan Aerial League

dan dari sinilah gerakan kelab penerbangan

Australia berkembang. Pada tahun 1910 dan tahun

1911, Taylor berjaya memancarkan mesej radio

dari sebuah kereta api yang bergerak ke kereta api

lain. George Augustine Taylor lahir di Sydney.

UMUM 
PICASSO, PABLO

Picasso, Pablo (1881–1973) ialah pelukis yang

terkenal pada tahun 1900-an. Dia dikenali kerana

arca, lakaran, grafik, dan seramiknya. Dari

beberapa segi, dia memiliki ciri pelukis tahun

1900-an yang tipikal kerana sentiasa menyambut

baik keadaan, suasana dan cabaran yang berubah-

ubah dengan amat pantas. Gayanya yang mencari-

cari menjadikannya pelopor dalam melahirkan

kerumitan pada tahun 1900-an.

UMUM 
ANOUILH, JEAN

Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama

popular Perancis yang menghasilkan banyak karya.

Dia terkenal dengan dramanya yang sangat

cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya

sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya

menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca

daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang

atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam

dramanya terdiri daripada orang muda sensitif

yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua

yang agak aneh. Antara karya komedinya

termasuklah Thieves Carnival (1932), Time

Remembered (1939), Ring Round The Moon

(1947), The Rehearsal (1950).

UMUM 
GELANG TANGAN

GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli  Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu.

BUDAYAAlat/Alatan
PEKANBARU

PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia.  Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa.  Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau.  Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik.  Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas