Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang
Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel
dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan
memberi penekanan terhadap seks dan keganasan.
Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar
ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan.
Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku.
Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia
boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki
karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik
bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang
masyarakat moden adalah tepat.
Dickens, Charles (1812–1870), penulis
novel Inggeris yang ternama dan penulis
yang popular sepanjang masa. Novelnya yang
terkenal termasuklah A Christmas Carol, David
Copperfield, Great Expectations, Oliver Twist,
The Pickwick Papers, dan A Tale of Two Cities.
Thanks for clicking. That felt good.