ARUS ELEKTRIK | Arus elektrik ialah pergerakan atau aliran cas elektrik. Cas boleh jadi positif atau negatif. Proton yang menjadi sebahagian daripada nukleus setiap atom mempunyai cas elektrik positif. Elektron yang mengelilingi nukleus mempunyai cas negatif. Arus elektrik boleh terdiri daripada cas positif, negatif atau kedua-duanya. | UMUM | |
TITIK ISOELEKTRIK | Nilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
CAS | Cas, kuantiti elektrik yang berkumpul pada permukaan bahan bukan logam yang berlainan apabila digosokkan dengan kuat. Cas juga adalah kuantiti elektrik yang mengalir dalam arus elektrik. | FIZIK | Konsep |
ANTINEUTRON | Antineutron ialah pasangan neutron yang mempunyai cas yang bertentangan. Pasangan demikian, yang dinamakan antizarah wujud pada semua zarah atom. Neutron tidak mempunyai cas elektrik, tetapi terdiri daripada zarah bercas kecil yang dikenali sebagai kuark . Cas kuark dalam antineutron adalah terbalik. Apabila antineutron dan neutron berlanggar, ia boleh memusnahkan satu sama lain. Semasa berlaku demikian, ia membebaskan tenaga. Antineutron ditemui pada tahun 1956. Lihat juga Antijirim; Neutron. | UMUM | |
KARTRIJ | Kartrij ialah kelongsong logam atau kertas yang mengandungi cas letupan dan peluru atau cas untuk letupan. Kartrij yang digunakan bagi senapang dan mesingan ialah silinder loyang dengan tudung tukulan di bahagian bawahnya. | UMUM | |
ELEKTROSKOP | Elektroskop ialah alat yang mengesan kehadiran cas elektrik. Jenis elektroskop tertentu, yang dinamakan elektrometer, juga mengukur amaun cas yang ada. | UMUM | |
ANTIPROTON | Antiproton ialah pasangan proton yang mempunyai cas yang bertentangan. Ahli fizik percaya bahawa semua zarah atom mempunyai antizarah demikian. Antizarah proton yang bercas positif mempunyai cas negatif. Ia mempunyai jisim yang sama dengan proton. Apabila antiproton dan proton berlanggar, ia boleh memusnahkan satu sama lain, sambil membebaskan tenaga. Antiproton ditemui pada tahun 1955. Lihat juga Proton. | UMUM | |
KARBONAT | Karbonat ialah sebarang sebatian yang mengandungi ion karbonat. Ion ialah atom atau sekumpulan atom yang mempunyai cas elektrik. Ion karbonat mempunyai dua cas negatif dan mengandungi satu atom karbon dan tiga atom oksigen. | UMUM | |
ARUHAN ELEKTRIK | Aruhan elektrik ialah proses yang menyebabkan sesuatu objek dicaskan oleh objek lain yang mempunyai cas elektrik, tanpa disentuh. Aruhan elektrik disebabkan oleh tarikan elektrostatik , iaitu tarikan antara dua cas elektrik yang berlawanan. Tarikan elektrostatik berbeza daripada aruhan elektromagnet, iaitu daya yang bertindak pada zarah bercas yang disebabkan oleh perubahan medan magnet. | UMUM | |
KAPASITOR | Kapasitor ialah alat yang menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk cas elektrik. Kapasitor mempunyai banyak kegunaan dalam litar elektrik dan litar elektronik. | UMUM | |