Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kah] | چکه

Definisi : merekah, pecah-pecah (bkn buah-buahan, kulit, dll); mencekah 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kah] | چکه

Definisi : rekahan atau retak pd kulit, buah-buahan dsb. bercekah merekah atau pecah-pecah (ttg kulit, buah-buahan dsb). mencekah 1 memecahkan se­suatu dgn mengapitnya dgn kedua-dua belah tangan: ~ manggis. 2 membuka sudut (kangkang dsb); menguakkan: ~ pangsa durian. 3 menarik kuda-kuda senapang atau pistol supaya dpt me­nembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENAPANG BATU

Senapang batu ialah mekanisme menembak

yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan

lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620

hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata

senapang batu mengandungi sekeping batu api

diselitkan dalam sekeping bahan yang yang

dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik,

pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api

akan membidas sekeping besi pada paksi lalu

mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama,

piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup.

Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil

meletup dan mencucuh peledak utama di dalam

laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh

cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah

penuh dan sedia untuk menembak. Senjata

senapang batu kemudiannya digantikan oleh

senjata api yang menggunakan tudung tukulan.

Lihat juga Senapang lantak; Senjata api.

UMUM 

Kembali ke atas