POITIER, SIDNEY | Poitier, Sidney (1927– ) ialah pelakon filem Amerika yang menjadi simbol kejayaan cemerlang kaum kulit hitam dalam industri filem di Amerika Syarikat. Dia muncul dalam beberapa filem yang berperanan realistik mengenai masalah perkauman di Amerika Syarikat. Filem-filemnya termasuklah No Way Out (1950), The Blackboard Jungle (1955), Edge of the City (1957), Guess Who’s Coming to Dinner (1967) dan In The Heat of the Night (1967). Poitier memenangi Academy Award melalui lakonannya dalam filem Lilies of the Field (1963). | UMUM | |
BYRON, LORD | Byron, Lord (1788–1824) ialah penyair romantik Inggeris yang paling cemerlang. Ramai orang mendapati hidupnya yang penuh cabaran sebagai sama menarik dengan puisinya. Byron mengarang puisinya di Eropah dan di Timur Tengah, dan puisinya mencerminkan pengalaman dan kepercayaannya. Puisinya kadang-kadang kasar, kadang-kadang lembut, dan selalunya eksotik. | UMUM | |
NAYSABURIY, ‘ABDULLAH AL- | Naysaburiy, ‘Abdullah al- (706–776 H./1306– 1374 M.), faqih Mazhab Hanafi, cemerlang dalam bahasa Arab, mendalami tentang al-Manqul dan al- Ma‘qul . Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Ahmad al-Husayniy al-Naysaburiy. Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menyifatkannya sebagai Zamakhshariy pada zamannya. Al-Naysaburiy bekerja sebagai guru di al-Madrasah al-Asadiyyah di Halab, iaitu sebuah sekolah Mazhab Syafi‘i dan juga mengajar di Qubbat al-Asadiyyah di Damsyik, sebuah sekolah Mazhab Hanafiy. Dia menetap di Damsyik dan Kaherah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Al-Naysaburiy kemudiannya dilantik sebagai syeikh tarekat di salah sebuah tempat bersuluk ( al-khawaniq ). Dia menulis kitab Syarh al- Manar mengenai Usul al-Fiqh berdasarkan perbincangan yang dibuat oleh al-Nasafiy dan menulis Syarh al-Tashil mengenai nahu. | UMUM | |
NEY, MICHEL | Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat dengan cemerlang dalam kempen pada tahun 1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu menjadikannya askar yang paling dikenali. Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di Elchingen pada tahun 1805. | UMUM | |
PERRY, FRED | Perry, Fred (1909–1995) ialah salah seorang pemain tenis United Kingdom yang paling cemerlang. Dia bermain dalam pasukan British yang memenangi Piala Davis dari tahun 1933 hingga tahun 1936. | UMUM | |
OH, SADAHARU | Oh, Sadaharu (1940– ), menjadi pemain besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan pemukul bola yang cemerlang, yang telah membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia, lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry “Hank” Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina. Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya dalam liga utama bermula pada tahun 1959 setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai pengurus Tokyo Giants. | UMUM | |
MOUNTBATTEN, LOUIS | Mountbatten, Louis (1900–1979), salah seorang keluarga diraja United Kingdom, dan pemimpin tentera yang cemerlang serta wizurai terakhir bagi jajahan British di India. Dia menjadi ketua operasi bersama British semasa Perang Dunia II (1939– 1945). Moutbatten menjadi pemerintah tentera Berikat di Asia Tenggara pada tahun 1943 dan mengetuai penaklukan semula Burma dan Semenanjung Malaysia daripada Jepun. Dia kemudiannya menjadi pemerintah samudera pertama, peringkat tentera laut yang tertinggi di United Kingdom. Sebagai wizurai India, dia membantu menguruskan kemerdekaan negara tersebut. | UMUM | |
MARLBOROUGH, DUKE OF | Marlborough, Duke of (1650–1722) ialah jeneral British yang teragung. Dia memenangi kejayaan yang cemerlang berturut-turut di Blenheim, Ramillies, Oudenaarde, dan Malplaquet dalam kempennya dalam Perang Rebut Takhta Sepanyol (lihat Pertempuran Blenheim). | UMUM | |
ANOUILH, JEAN | Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama popular Perancis yang menghasilkan banyak karya. Dia terkenal dengan dramanya yang sangat cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam dramanya terdiri daripada orang muda sensitif yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua yang agak aneh. Antara karya komedinya termasuklah Thieves Carnival (1932), Time Remembered (1939), Ring Round The Moon (1947), The Rehearsal (1950). | UMUM | |
PHILIPE, GERARD | Philipe, Gerard (1922–1959) ialah pelakon pentas dan filem Perancis. Dia menjadi masyhur di peringkat antarabangsa kerana persembahannya yang cemerlang dalam filem-filem klasik Perancis La Beaute du Diable (Beauty and the Devil) 1950, La Ronde (1950), dan Les Belles de Nuit (Beauties of the Night 1952). | UMUM | |