Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CENDAWAN UMUM 
SYAIR CENDAWAN PUTIH

SYAIR CENDAWAN PUTIH, sastera hikayat dalam bentuk syair. Syair ini tergolong dalam genre sastera saduran yang mempunyai pengaruh cerita Panji, epik Ramayana dan cerita saduran Arab-Parsi. Syair Cendawan Putih telah diterbitkan oleh tiga penerbit dalam bentuk tulisan Jawi dengan cap batu iaitu percetakan al-Aminat al-Thabaat, percetakan Sulaiman Mar’i, Singapura, dan percetakan Mutaba’ Mohamad’y, Bombay.

SASTERAKonsep
KULAPUK

Kulapuk ialah sejenis kulat yang kerap tumbuh

pada makanan. Seperti juga cendawan, mildew,

dan kulat-kulat lain, kulapuk tidak mempunyai

klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan

oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.

UMUM 
SAPROFIT

Saprofit ialah benda hidup yang mendapat

makanannya daripada sisa organisma yang mati.

Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti

cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini

tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang

membolehkan tumbuhan membuat makanannya

melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit

menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan

untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya

menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan

karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh

menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain

yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya

menjadi sebatian yang lebih ringkas.

UMUM 
LEMPUK

LEMPUK, sejenis makanan yang diperbuat daripada durian yang dimasak dengan gula sehingga hancur dan pekat. Lempuk dibungkus ketat dalam bekas upih dan boleh disimpan lama. Lempuk ini, jika disediakan dengan bersih dan duriannya yang tidak dicemari ulat atau cendawan, boleh disimpan berbulan-bulan.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas