Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.kia.wan] | چندکياون

Definisi : orang (golongan, kaum dsb) yg cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual: penulis mengharapkan teguran dan kritikan membina drpd ~ dan ilmuwan; kecendekiawanan hal (sifat, keterampilan dsb) berhubung dgn cendekiawan: buku tersebut memaparkan ~ pemimpin itu sbg orang yg ada visi dan prihatin terhadap Asia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.de.kia.wan] | چندکياون

Definisi : kaum (orang) cerdik pandai; kaum (orang) terpelajar; intelektual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendekiawan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARNOLD, MATTHEW

Arnold, Matthew (1822–1888) ialah salah

seorang pemimpin cendekiawan di England pada

zaman Victoria. Dia seangkatan dengan Lord

Tennyson, Robert Browning, dan Gerard Manley

Hopkins antara penyair teragung pada zaman

Victoria. Arnold juga seorang pengkritik

kesusasteraan Inggeris yang paling penting pada

zamannya. Dia seorang pengkritik sosial yang

utama dan menulis karya yang penting tentang

agama dan pendidikan.

UMUM 
AGOES SALIM

Agoes Salim (1884–1954), pejuang yang bergelar

Pahlawan Nasional Indonesia dan cendekiawan.

Agoes Salim ialah pengasas Partai Penyedar dan

menjadi Menteri Luar Negeri (1947–1950).

UMUM 
MUSLIM IBN ‘UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY

Muslim ibn ‘Uqbah ibn Rabah al-Murriy

ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat

tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut

serta dalam peperangan Siffin bersama-sama

tentera Mu’awiyah dalam barisan tentera jalan kaki.

Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn

Mu’awiyah r.a. sebagai panglima umum untuk

menundukkan penduduk Madinah yang

memberontak terhadap Yazid serta penentangnya.

Abu ‘Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./

683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak

dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam

sejarah sebagai pertempuran al-Harrah.

UMUM 
PANINI

Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para

cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut

hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun

500-an atau 600-an SM.

UMUM 
RAJA ALI HAJI

RAJA ALI HAJI (1809-1871/72), penulis dan cendekiawan Melayu Riau, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raja Ali bin Raja Haji Ahmad. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Raja Ali Haji adalah daripada keturunan Daeng Bugis. Ayahandanya, Raja Ahmad (Engku Haji Tua), adalah adinda Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1805-1834). Dia dan keluarganya berpindah ke Pulau Penyengat. Dia digelar Engku Tua kerana jasanya kepada Raja Jaafar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AGUS SALIM

AGUS SALIM (1884-1954), ahli politik dan cendekiawan Islam Indonesia. Dia lahir pada 8 Oktober 1884 di Kota Gedang, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Horgere Burger School (HBS) dan kemudian dia belajar sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PPMMPPMM, Persatuan Pengajian Melayu Malaysia, salah satu daripada 23 buah pertubuhan dan institut penyelidikan yang menjadi badan kerabat Kongres Cendekiawan Melayu. Persatuan ini ditubuhkan pada 16 Oktober 1977 sebagai memenuhi salah satu revolusi yang dicapai oleh Simposium Kesarjanaan Melayu yang berlangsung pada bulan April 1977. Penubuhan persatuan ini dirasmikan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.BAHASAInstitusi/Organisasi
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA

PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau.  Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973.  Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara.  Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat.

SASTERAKarya
PERTEMUAN DUNIA MELAYU

PERTEMUAN DUNIA MELAYU, perhimpunan cendekiawan dunia Melayu dari wilayah kepulauan Melayu.  Pertemuan ini meliputi segala aspek budaya Melayu termasuk politik, sosioekonomi, agama, pelajaran, kesenian dan sebagainya.

SASTERAKarya
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD

SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam.  Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah.  Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani.  Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut.  Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya.  Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah.  Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas