Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ngal] | چڠل

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ngal] | چڠل

Definisi : nama sj pokok yg kayunya keras dan sangat baik utk bahan rumah, Balanocarpus heimii. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cengal

Puisi
 

Tetak cengal buat kemudi,
     Buah pauh Permatang Panjang;
Dengar adik baik budi,
     Dari jauh abang datang.


Lihat selanjutnya...(11)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CENGAL

CENGAL, (Balanocarpus heimii king daripada famili Dipterocarpaceae), kayu yang terkeras di Semenanjung Malaysia. Cengal merupakan balak yang terkenal. Ukuran lilitan batang cengal dewasa mencapai lebih daripada 3 m sementara tingginya lebih daripada 30 m.

BUDAYAFlora dan Fauna
SENI BINA MELAYU

SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja.  Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah.

BUDAYADisiplin Ilmu

Kembali ke atas