Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. pertaining to the middle point or part, tengah: the ~ parts of Australia are mostly desert, sebahagian besar bahagian tengah Australia adalah padang pasir; 2. at a point or position in the middle, di tengah-tengah: a ~ location in the district, kedudukan di tengah-tengah daerah itu; 3. leading, chief, utama: the ~ characters in the play, watak-watak utama dlm lakonan itu; the ~ aim of the new government, tujuan utama kerajaan baru itu; 4. dominant, pokok: the ~ theme, tema pokok; 5. controlling, directing, pusat: ~ curriculum committee, jawatankuasa kurikulum pusat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata central


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)]

Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence

Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika

Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang

politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada

150 buah negara asing, serta menilainya bagi

kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat

seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia

melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan

maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA

menggunakan ramai perisik asing untuk

mendapatkan maklumat tentang negara mereka

sendiri.

UMUM 
TRANSKRIPSIProses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
ROMBERG, SIGMUND

Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah

muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik

untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917),

The Student Prince (1924), The Desert Song (1926),

My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up

In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan

muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama

Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular,

Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang

popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The

Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow

Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik

untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik

klasik ringan.

UMUM 
SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII

SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII, Sekolah Menengah Kerajaan. Sejarah Sekolah Menengah King Edward VII bermula pada bulan Julai 1883 dengan penubuhan Central School. Sekolah ini terletak di bandar Taiping, Perak sebagai memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat kesan daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di kawasan Kemunting dan kawasan Kelian Pauh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SULTAN ISKANDAR SYAHSULTAN ISKANDAR SYAH (1876-1938), Sultan Perak yang ke-30 (1918-1938). Baginda diputerakan di Kuala Keboi, Perak. Baginda ialah putera ketiga Sultan Idris  Mursyidul Adzam Syah I (1887-1916). Raja Iskandar Syah mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Central, Taiping. Kemudian baginda menyambung pengajiannya di Balliol College, Oxford, England pada tahun 1896. Baginda kembali ke Tanah Melayu bersama-sama ayahandanya yang melawat England pada tahun 1902.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LI SIGUANG

Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China.

Dia memberi sumbangan penting kepada sains

palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi

(kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian

tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan

disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi.

Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang

membincangkan aspek tegasan dan terikan.

Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan

penting dalam penemuan beberapa telaga minyak

yang besar di China. Karya utamanya termasuk

Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central

China (1947), dan Introduction to Geomechanics

(1962).

UMUM 
MALUNGUN

MALUNGUN (1938 -     ) penulis. Dia lahir pada 26 November 1938 di Chemor, Perak. Nama sebenarnya ialah Amir Hamzah bin Shamsuddin. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1946 dan menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Central, Ipoh. Malungun kemudian menjadi guru pelatih dan pada tahun 1955, dia memasuki Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Pada tahun 1959, dia melanjutkan latihan perguruannya di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Dia belajar  secara persendirian hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1963.

SASTERATokoh
SULTAN ABDUL AZIZ AL-MU'TASIM BILLAH SYAH

SULTAN ABDUL AZIZ AL-MU’TASIM BILLAH SYAH (1887 – 1948), Sultan Perak yang ke-31 (1938 – 1948).  Baginda diputerakan pada 14 November 1887 di Kampung Bandar,  Teluk Intan, Perak.  Nama sebenar baginda ialah Raja Abdul Aziz Ibni Almarhum Raja Muda.  Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Teluk Intan dan Central School Taiping.  Kemudian baginda belajar di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZAID AHMADZAID AHMAD  (1944-     ),  penulis. Dia lahir pada bulan Mei 1944 di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pasir Mas hingga lulus Darjah Enam.  Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan hingga lulus FMC pada tahun 1963.  Selepas itu, dia menuntut pula di Central Inland Fisheries Institute, Calcutta, India.  Pada tahun 1975, dia mengikuti program ASEAN Training Course di Sukabujmi, Indonesia.  Kini dia bertugas sebagai pegawai perikanan di Machang, Kelantan.SASTERATokoh

Kembali ke atas