BONE, kerajaan yang pernah wujud di semenanjung selatan Pulau Sulawesi dan mula terkenal sejak abad ke-17. Bone terletak di bahagian timur semenanjung, bersempadankan Sungai Walane di sebelah barat, sungai Cerana di sebelah utara, Teluk Bone di timur dan Sungai Tangka di selatan.