Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rang] | چرڠ

Definisi : sl kawasan dlm hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yg sudah ditebang pokok­nya atau yg tinggal sedikit sahaja pokok­-pokoknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerang

Puisi
 

Ayam denak beranak empat,
     Cari makan di cerang rimba;
Tengok jinak tangkap tak dapat,
     Hati mana saya tak gila.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pelanduk di dalam cerang.

Bermaksud :

Dalam ketakutan; sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelanduk di cerang rimba).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUTERI SA'ADONG

Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada

Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3

iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan,

pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah

puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang

memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri

Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri

Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu

negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan

Kembang yang berpusat di Gunung Chinta

Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga

dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan

anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.

UMUM 
CIK SITI WAN KEMBANG

CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas