Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerap;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE

Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah

teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap

dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang

utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi

angkasa lepas Amerika Syarikat, The National

Aeronautics and Space Administration (NASA), telah

melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik

angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini

dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika,

Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) .

UMUM 
MENDELSOHN, ERIC

Mendelsohn, Eric (1887–1953) ialah arkitek

Jerman yang terkenal kerana gaya geometrinya

yang ketara. Mendelsohn cuba mencipta seni bina

industri dan komersial yang baru dan ekspresif.

Binaannya yang paling terkenal ialah Menara

Einstein (1924), iaitu makmal dan balai cerap di

Potsdam, Jerman. Bangunannya menampilkan

lengkok-lengkok besar yang menjadi ciri karya

Mendelsohn.

UMUM 
PULAU LUNDY

Pulau Lundy ialah pulau di Selat Bristol di luar

pantai utara Devon di United Kingdom. Ia terletak

kira-kira 39 kilometer ke barat Ilfracombe dan 19

kilometer ke utara Tanjung Hartland. Ia berukuran

empat kilometer panjang 1 kilometer lebar. Pulau

ini merupakan balai cerap burung yang dikawal

oleh British Trust for Ornithology. Banyak burun g

puffin membiak di Pulau Lundy. Peninggalan Istana

Kota Marisco masih terdapat di pulau tersebut.

Lundy dimiliki oleh National Trust.

UMUM 
SPUTNIK

Sputnik ialah nama yang diberi kepada satu siri

satelit bumi tanpa manusia yang dilancarkan ke

angkasa lepas oleh bekas Kesatuan Soviet. Sputnik

ialah perkataan Rusia yang bermakna pengembara.

Sputnik I, yang dilancarkan pada 4 Oktober 1957,

mengelilingi bumi sekali setiap 95 minit dengan

kelajuan 29 000 kilometer sejam, sehingga pesawat

ini jatuh ke bumi pada 4 Januari1958. Kesatuan

Soviet juga melancarkan sembilan lagi sputnik

yang lebih besar, dari bulan November 1957

hingga bulan Mac 1961. Lihat juga Balai cerap

Jodrell Bank; Penjelajahan angkasa.

UMUM 
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 

Kembali ke atas