NESBIT, EDITH | Nesbit, Edith (1858–1924) ialah penulis novel, penyair, dan penulis cerita kanak-kanak Inggeris. Dia paling diingati kerana cerita-cerita kanak- kanaknya, iaitu The Treasure Seekers (1899), Five Children-and It (1902), dan The Railway Children (1906). Novel dan puisinya tidak mendapat penghargaan seperti ceritanya untuk kanak-kanak. Edith Nesbit lahir di London. | UMUM | |
ALDISS, BRIAN W. | Aldiss, Brian W. (1925– ), penulis dan pengkritik fiksyen sains Inggeris. Dia menulis cerita-cerita pendek, novel dan mengkritik karya fiksyen sains. Antara bukunya termasuklah Space, Time and Nathaniel (1957), Non-Stop (1958), The Canopy of Time (1959), Hothouse (1962), The Hand- Reared Boy (1970), novel-novel Helliconia sekitar tahun 1980-an dan The Lurid Glare of the Comet (1986). | UMUM | |
POE, EDGAR ALLAN | Poe, Edgar Allan (1809–1849) adalah salah seorang penyair Amerika yang terkemuka. Dia juga adalah penulis cerita pendek dan pengkritik kesusasteraan. “The Raven” adalah antara sajaknya yang terkenal di dalam kesusasteraan Amerika dan sebagai contoh karya yang menghantui kualiti kebanyakan hasil kerja Poe. Melalui The Murders in the Rue Morgue dan cerita-cerita pendek lain, Poe menjadi pengasas kepada cerita misteri dan detektif fiksyen. The Fall of the House of Usher , The Masque of the Red Death dan cerita-cerita lain menjadikan dia pelopor kepada simbolisme, impresionisme dan seorang yang mempunyai cara yang tersendiri dalam kesusasteraan moden. The Poetic Principle, The Marginalia dan ulasannya mengandungi prinsip-prinsip penting dalam kritikan kesusasteraan yang mana bersama-sama dengan puisi dan fiksyennya, ia dapat mempengaruhi penulis-penulis selepasnya. | UMUM | |
CERITA BERBINGKAI | CERITA BERBINGKAI, cerita yang mempunyai satu cerita pokok yang menjadi bingkai atau dasarnya, kemudian terdapat beberapa cerita sisipan sebagai bantuan. Cerita ini ialah hasil sastera asing yang diterjemah dan disadur ke dalam sastera Melayu. Cerita atau hikayat berbingkai ini sangat terkenal dalam kesusasteraan India, Parsi dan Arab. Mengikut R.O. Winstedt cerita tersebut telah timbul dan dikenal oleh bangsa Melayu sejak abad ke-16 lagi. Pada umumnya, cerita tersebut menggunakan bahasa Melayu yang baik. Cerita berbingkai yang terkenal dalam sastera Melayu ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Panca Tanderan, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam. | SASTERA | Konsep |
BIERCE, AMBROSE GWINETT | Bierce, Ambrose Gwinett (1842–1914?) ialah penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal dengan cerita perang yang realistik di samping cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak dalam ceritanya didorong oleh naluri yang paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce terhadap kekejaman dan kematian. | UMUM | |
HIKAYAT PANJI SEMIRANG | HIKAYAT PANJI SEMIRANG, sastera hikayat tergolong dalam cerita panji. Cerita panji boleh dibahagikan kepada Panji Melayu dan Panji Jawa. Cerita Panji Melayu ialah cerita yang ditulis di Semenanjung Tanah Melayu daripada cerita asalnya cerita Panji Jawa. Manakala cerita Panji Jawa pula ialah cerita panji yang tertulis dalam tulisan dan daerah penyebarannya di Kepulauan Jawa. | SASTERA | Karya |
CERITA DONGENG, ILMU | | UMUM | |
CERITA DONGENG GRIMM | | UMUM | |
CERITA DETEKTIF | | UMUM | |
CERITA LISAN | CERITA LISAN, cerita yang dituturkan atau diucapkan juga dikenal sebagai sastera rakyat. Cerita lisan ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Cerita ini lahir dalam masyarakat tertutup yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain sebagai hiburan, fungsi cerita lisan ini adalah memberikan gambaran cara hidup dan kebudayaan masyarakat yang menghasilkannya. Terdapat sarjana yang telah mengkaji corak hidup sesuatu masyarakat hanya berdasarkan cerita lisan. | SASTERA | Konsep |