Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERITA LISAN

CERITA LISAN, cerita yang dituturkan atau diucapkan juga dikenal sebagai sastera rakyat. Cerita lisan ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Cerita ini lahir dalam masyarakat tertutup yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain sebagai hiburan, fungsi cerita lisan ini adalah memberikan gambaran cara hidup dan kebudayaan masyarakat yang menghasilkannya. Terdapat sarjana yang telah mengkaji corak hidup sesuatu masyarakat hanya berdasarkan cerita lisan.

1">  

SASTERAKonsep
CERITA WAYANG

CERITA WAYANG, cerita yang dipersembahkan dalam pertunjukan wayang kulit yang dikenal juga sebagai lakon wayang. Cerita wayang bersumberkan cerita pahlawan yang terkenal di India, Ramayana dan Mahabharata.

1">           

SASTERAKonsep
CERITA PANTUN SUNDA

CERITA PANTUN SUNDA, jenis epik kepahlawanan berunsur tempatan dalam sastera Sunda. Cerita ini dikenal sebagai cerita pantun walaupun ia disampaikan dalam bentuk prosa lisan. Untuk bahagian tertentu, bentuk puisi digunakan untuk memerikan kecantikan puteri, ketampanan putera Siliwangi, keadaan kota atau hutan, dan pertempuran yang terjadi antara pasukan putera Pajajaran dengan raja-raja daerah.

1">  

SASTERAKonsep
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

1">     

SASTERAKonsep
CERITA PARA NABI

CERITA PARA NABI, hasil sastera Melayu klasik yang disadur daripada sastera Parsi dan Arab. Cerita ini adalah untuk menyebarluaskan ajaran Islam, meningkatkan keimanan, menyampaikan sifat peribadi yang mulia dan untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat Islam, supaya mereka dapat mengambil teladan daripada peristiwa yang menimpa golongan masyarakat yang mengingkari Allah dan sunah.

1">   

SASTERAKonsep
MAJALAH CERITA

MAJALAH CERITA, majalah bulanan. Majalah ini diterbitkan pada 1 November 1938 oleh Penerbit Jelutong (Jelutong Press) di Pulau Pinang. Majalah Cerita diterajui oleh Mohd. Ariffin Ishak bersama-sama penolongnya, Aminah binti Abdul Jalil. Majalah bertulisan Jawi ini mempunyai 46 halaman.

SASTERAPenerbitan
CERITA DARI BLORA

CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas.

1">           

SASTERAKarya
PENYALIN MANUSKRIP

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENYALIN MANUSKRIP, orang perseorangan yang menyalin teks hasil kesusasteraan tradisional.  Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional.  Jarang sekali kita mengetahui nama pengarang kerana konvensyen sastera zaman dahulu tidak menggalakkan seseorang mencatatkan namanya pada karya yang dihasilkan.  Sesebuah hasil kesusasteraan juga dianggap sebagai karya bersama seluruh masyarakat dan pengarang seolah-olah tidak berhak meletakkan namanya.  Tidak meletakkan nama pada sesebuah karya juga merupakan amalan dalam perkembangan sastera lisan yakni seseorang dapat menambah dan mengurangkan bahan cerita sesuka hatinya kerana cerita itu dianggap hak bersama.

SASTERAKegiatan
PENAJIS

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
CIUNG WANARA

CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah ‘membersihkan diri’ dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia.

1">        

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas