CERITA DONGENG, ILMU | | UMUM | |
CERITA DONGENG GRIMM | | UMUM | |
PERRAULT, CHARLES | Perrault, Charles (1628–1703), penulis Perancis, dikenali ramai kerana buku cerita dongeng yang dikumpulkannya, iaitu Tales of Mother Goose . Kumpulan cerita dongeng ini yang diterbitkan di bawah nama anak lelakinya pada tahun 1697 termasuklah “ Sleeping Beauty ”, “ Little Red Riding Hood ”, “ Bluebeard ”, “ Puss in Boots” , “ Cinderella ”, dan “ Tom Thumb ”. Lihat Mother Goose. | UMUM | |
PANTOMIM | Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya, pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty. | UMUM | |
SANGKURIANG | SANGKURIANG, legenda Sunda. Dalam bahasa Sunda disebut “dogeng sasakala”. Pada umumnya cerita dongeng ini mempertemukan dua gejala alam yang hadir di suatu tempat, iaitu gunung dan air (danau atau lubuk). | SASTERA | Peristiwa |
MAETERLINCK, MAURICE | Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908) merupakan cerita dongeng yang mengisahkan seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder (kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah sedih yang menekankan keperluan mencari kasih sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama simbolik tentang kekasih unggul yang musnah kerana mencari kesempurnaan. | UMUM | |
SASTERA HIKAYAT | SASTERA HIKAYAT, bentuk sastera Melayu yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rekaan. Masyarakat Melayu tradisional pada umumnya menerima istilah sastera hikayat sebagai mengandungi makna cerita, kisah, riwayat, ceritera dan sebagainya. Makna yang umum ini didasarkan secara longgar pada makna yang kedua yang merujuk kembali kepada perkataan yang berasal daripada bahawa Arab iaitu ‘haka’ yang mengandungi maksud menceritakan, melukiskan, meniru, mewartakan, mirip (atau yang seakan-akan), berkata dan meneruskan. | SASTERA | Konsep |
NAKHODA TENGGANG | NAKHODA TENGGANG , cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita dongeng teladan. Cerita ini dikenal juga dengan cerita “Si Tenggang”. Tarikh cerita ini tercipta tidak diketahui. Cerita ini berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita Nakhoda Tenggang atau “Si Tenggang” ini terdapat juga di beberapa negeri. Di Pahang, cerita ini dikatakan berlaku di Tasik Bera. Di Negeri Sembilan, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Jong, berhampiran Seremban. Di Johor, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Tereh, tidak jauh dari Bandar Maharani, Muar. Di Selangor, cerita ini dikaitkan dengan Batu Caves. | SASTERA | Karya |
DONGENG | Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok, atau benda yang bercakap dan bertindak seperti manusia. Dongeng boleh disampaikan sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan. | UMUM | |
DONGENG AESOP | Dongeng Aesop ialah kumpulan cerita yang ditulis oleh seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup kira-kira pada tahun 600 SM. Seperti dongeng lain, setiap kisah ringkas dalam kumpulan itu mempunyai pengajaran dan nasihat. | UMUM | |