Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceritanya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPERA

Opera ialah drama yang pelakonnya

menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau

sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap

kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan

yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia

sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling

masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik.

Opera berkemungkinan merupakan yang paling

kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia

menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik

orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali

balet atau beberapa bentuk tarian yang lain.

UMUM 
SAROYAN, WILLIAM

Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan

ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia

biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam

dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya,

Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah

anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada

kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk

sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya

Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan

tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan

kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih

bersifat sentimental daripada bersifat objektif

terutama paparannya tentang kanak-kanak dan

kehidupan golongan pekerja.

UMUM 
SENDAK, MAURICE

Sendak, Maurice (1928– ) ialah pengilustrasi

Amerika dan penulis buku kanak-kanak.

Kebanyakan ilustrasi dan ceritanya menampilkan

imej seram dan menakutkan kanak-kanak. Dia

memasukkan orang, peristiwa dan himpunan

semula zaman kanak-kanaknya secara imaginatif.

Sendak telah memenangi salah satu anugerah

Amerika yang agung, Pingat Caldecott pada tahun

1964, untuk ilustrasi dan tulisannya, Where The

Wild Things Are .

UMUM 
SUTCLIFF, ROSEMARY

Sutcliff, Rosemary (1920–1992) ialah pengarang

British yang masyhur sebagai penulis novel kanak-kanak.

Cerita-ceritanya berlatarbelakangkan

sejarah. Pada tahun 1960, dia menerima Pingat

Carnegie Persatuan Perpustakaan British bagi

bukunya The Lantern Bearers (1957). Antara

karyanya yang popular termasuk The Queen

Elizabeth Story (1950), The Chronicles of Robin

Hood (1950), The Armourer’s House (1951), The

Eagle of the Ninth (1954), Lady-in-Waiting (1956),

The Sheild Ring (1956), The Silver Branch (1957),

Warrior Scarlet (1958), The Rider of the White

Horse (1959), dan Knight’s Fee (1960). Sutcliff lahir di

Clandon Barat, Surrey, England.

UMUM 
ZWEIG, STEFAN

Zweig, Stefan (1881–1942), penulis cerita,

biografi, sajak, dan novel psikologi Austria yang

terkenal. Ceritanya yang paling terkenal termasuk

Amok (1922), Conflicts (1927), dan Beware of Pity

(1939). Antara biografi terbaiknya ialah Romain

Rolland (1921), Marie Antoinette (1932), dan

Erasmus of Rotterdam (1934). Zweig lahir di

Vienna. Pihak Nazi memaksa Zweig meninggalkan

Austria kerana dia berketurunan Yahudi, dan dari

tahun 1934 hingga tahun 1940 dia tinggal di

London. Dia dan isterinya membunuh diri di Brazil

kerana berasa sedih dengan hal-ehwal dunia.

UMUM 
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
ALGER, HORATIO

Alger, Horatio (1832–1899) ialah pengarang

Amerika yang menulis novel untuk kanak-kanak

lelaki. Dia menjadi terkenal kerana ceritanya

tentang kanak-kanak lelaki yang menjadi kaya dan

termasyhur melalui kerja kuat, hidup mulia, dan

kerana nasib.

UMUM 
SPIELBERG, STEVEN

Spielberg, Steven (1947– ) ialah pengarah

dan penerbit filem Amerika Syarikat. Dia ialah

juruteknik istimewa yang mempunyai kepakaran

dalam mengolah ceritanya dengan gaya yang

mendebarkan.

UMUM 
MICHENER, JAMES ALBERT

Michener, James Albert (1907–1997) ialah

pengarang Amerika yang telah memenangi

Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen

untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific

(1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota

tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk

Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II.

Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar

Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal

mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi

cerita Michener.

UMUM 
O'HARA, JOHN

O’Hara, John (1905–1970) ialah penulis novel

dan cerpen Amerika. Dia terkenal kerana

pemerhatiannya yang realistik tentang adab dan

moral kelas menengah Amerika. O’Hara

memaparkan latar beberapa buah novel dan

ceritanya di bandar fiksyen Gibbsville,

Pennsylvania.

UMUM 
123

Kembali ke atas