CERUN | Cerun, permukaan bumi yang condong yang dapat dinyatakan mengikut sudut kecondongan dalam darjah atau peratusan. Terdapat beberapa jenis cerun, seperti cerun bukit, cerun gunung, dan cerun lurah sungai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
ALDER | Alder ialah nama yang diberikan kepada kira-kira 30 jenis pokok renek dan pokok kecil yang didapati di kawasan sederhana bahagian utara dunia. Pokok alder dikaitkan dengan pokok birch dan mempunyai daun bujur yang bergerigi. Bunga betina yang dinamakan katkin (bunga ekor kucing), yang membesar menjadi kon yang keras seperti kon pokok pain yang kecil. Kon ini mengandungi biji. Kon ini berubah menjadi hitam apabila bijinya tertanggal dan akan tahan sepanjang musim sejuk. Gugus hitam yang tergantung ini menyebabkan pokok alder mudah dikenal pasti. Pokok alder membentuk belukar yang tebal di kawasan berpaya dan di cerun-cerun gunung. Ia biasanya ditemui di tepi tasik dan sungai. | UMUM | |
TEBAR LAYAR | Dinding atau penutup bahagian hujung bumbung cerun pada sesebuah bangunan. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
SUDETENLAND | Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian Versailles dan St. Germain pada tahun 1919 menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat mengembalikan semula Sudetenland kepada Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan negara-negara merdeka di Republik Czech dan Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya. | UMUM | |
AVALANCHE | Avalanche ialah kumpulan besar salji yang menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche. Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam. Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah, yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan- kepingan kecil semasa ia menggelongsor. | UMUM | |
DELPHI | Delphi ialah sebuah bandar yang terletak di kawasan cerun di sebelah selatan Gunung Parnassus. Bandar ini mempunyai tempat suci agama yang tertua dan berpengaruh di Yunani. Ia terletak di daerah Phocis. | UMUM | |
MEGHALAYA | Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia. | UMUM | |
SUNGAI LENA | Sungai Lena ialah jalan air utama di sebuah daerah besar di timur Siberia. Sungai ini bermula di cerun Pergunungan Baikal dan mengalir ke timur laut sejauh 4400 kilometer. Sungai ini mengalir masuk ke Lautan Artik melalui Laut Laptev. Delta sungai ini kira-kira 402 kilometer lebar. Kapal dapat memudiki sungai ini sejauh 3200 kilometer. | UMUM | |
SUNGAI BRAHMAPUTRA | Sungai Brahmaputra ialah salah sebatang jalan air yang penting di Asia Selatan. Ia berpunca dari utara cerun Himalaya di Tibet. Setelah mengalir kira-kira 2700 kilometer melalui timur laut India dan Bangladesh, ia bertemu Sungai Ganges (Ganga) tempat ia berkongsi Delta Ganges. Bahagian utara sungai mempunyai banyak nama. Di Tibet, ia kadangkala dipanggil Yarlung Zangbo. | UMUM | |
PINGGIR BENUA | Zon peralihan di antara benua dengan laut dalam yang biasanya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pentas benua, cerun benua dan cangkat benua. Pinggir benua merupakan salah satu daripada tiga ciri topografi dasar lautan selain dasar lembangan lautan dan permatang lautan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |