CETAKAN POTONGAN KAYU | | UMUM | |
CETAKAN BLOK | | UMUM | |
TANDA BACA | Tanda baca ialah tanda-tanda tertentu yang digunakan dalam tulisan dan cetakan untuk menjelaskan maksud penulis. Tulisan awal dan cetakan awal mempunyai tanda untuk menunjukkan tanda baca. Tetapi tanda itu digunakan mengikut kehendak penulis dan mengikut tanda yang ada dalam mesin pencetak. Orang Yunani purba, misalnya, sering menggunakan koma bertitik untuk menggantikan tanda tanya moden. Percetakan dan tanda baca bertambah baik dengan pesat pada tahun 1400-an dan tahun 1500-an, khususnya di Itali. Dalam tempoh ini, Aldus Manutius, seorang pencetak dan penjilid buku Itali, mula menggunakan pelbagai tanda dengan lebih sistematik. Usahanya membentuk asas kepada tanda baca yang digunakan pada hari ini dalam banyak sistem bahasa bertulis. | UMUM | |
SENI GRAFIK | Seni grafik ialah istilah umum bagi lukisan dan teknik lain yang digunakan untuk menghasilkan semula perkataan dan gambar. Teknik tersebut termasuk cetakan blok, turisan, goresan, litografi, dan cetakan skrin sutera. Seni lukis cat pernah dianggap sebagai salah satu seni grafik, tetapi kini dianggap ia umumnya sebagai bentuk seni yang tersendiri. | UMUM | |
KAMUS UMUM BAHASA INDONESIA | KAMUS UMUM BAHASA INDONESIA, kamus yang telah disusun oleh seorang ahli bahasa dan ahli leksikografi bahasa Indonesia yang terkenal iaitu Josef Sabarija Poerwadarminta (W.J.S. Poerwadarminta). Kamus ini diterbitkan oleh Penerbit Balai Pustaka, Jakarta dan telah dicetak beberapa kali, iaitu cetakan pertama (1953), cetakan ketiga (1960), dan cetakan keempat (1966). | BAHASA | Penerbitan |
DÜRER, ALBRECHT | Dürer, Albrecht (1471–1528) ialah pelukis dan pembuat cetakan yang amat terkenal dalam sejarah seni lukis Jerman. | UMUM | |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
JALAN TAK ADA UJUNG | JALAN TAK ADA UJUNG, novel karya Mokhtar Lubis. Cetakan pertama pada tahun 1952, manakala cetakan keduanya pada tahun 1958. novel ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta. Cetakan ketiganya dilakukan oleh Badan Penerbitan Pustaka Jaya, Jakarta pada tahun 1971. | SASTERA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERPUSTAKAAN MITCHELL | Perpustakaan Mitchell, di Sydney, New South Wales , mengandungi koleksi penyelidikan berjumlah lebih 200 000 buah buku bercetak dan beberapa ribu manuskrip, peta, lukisan, cetakan, dan gambar tentang Australia. Koleksi ini juga meliputi koleksi kawasan Pasifik dari Indonesia hingga ke Hawaii, dan dari Filipina hingga ke Antartik. | UMUM | |
AMADÍS OF GAUL | Amadís of Gaul ialah kisah cinta Sepanyol yang terkenal pada zaman kesateriaan. Ia diciptakan sekitar tahun 1300-an di Sepanyol, tetapi versi cetakan pertamanya yang masih ada, iaitu The Four Books of the Virtuous Knight Amadís of Gaul, diterbitkan pada tahun 1508. Sebahagian daripada karya ini dianggap telah ditulis oleh Garci Ordóñez (atau Rodríguez) de Montalvo. | UMUM | |