THE WASH | The Wash ialah teluk cetek yang terletak di pantai timur England, di antara Lincolnshire dengan Norfolk. Panjangnya kira-kira 32 kilometer dan lebarnya 24 kilometer. Sungai Great Ouse, Nene, Welland, dan Witham mengalir ke The Wash. Bandar Boston dan King’s Lynn terletak berhampiran pantai. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa Raja John kehilangan harta yang bernilai ketika menyeberangi The Wash pada awal tahun 1200-an. | UMUM | |
PENTAS SUNDA | Pentas benua di kawasan laut cetek yang terletak di penghujung selatan Asia Tenggara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
TASIK BANGWEULU | Tasik Bangweulu ialah sebuah lekukan cetek kira-kira 80 kilometer panjang dan 48 kilometer lebarnya, di bahagian utara Zambia (Rhodesia Utara). Untuk lokasinya, lihat Zambia (peta). | UMUM | |
TAKUNG EMBUN | Takung embun ialah kumpulan air yang cetek. Kebanyakan takung embun terletak di kawasan tanah tinggi berkapur seperti Downs Selatan di selatan England (lihat Downs ). Ia menakung air dalam masa yang lama sekalipun dalam musim kemarau. | UMUM | |
PORGI | Porgi ialah ikan yang hidup di kawasan cetek dalam laut panas. Badannya berbentuk lonjong dan mempunyai sisi yang leper. Kebanyakan ikan ini berwarna keperakan. Ikan ini sedap dimakan. Ia ditangkap sebagai satu kegiatan dan untuk kegunaan komersial. | UMUM | |
TASIK TORRENS | Tasik Torrens ialah tasik air masin yang cetek di Australia Selatan. Panjang tasik ini ialah 193 kilometer dan lebarnya 64 kilometer. Luasnya 5776 kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Australia (peta rupa bumi). | UMUM | |
TRILOBIT | Sejenis kumpulan haiwan purbakala bersaiz kecil hidup dalam laut cetek zaman Kambria. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
ARUS PERU | Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin meniup air permukaan yang panas, menyebabkan air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan. Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat Humboldt, Baron von ). | UMUM | |
DUGONG | Dugong ialah mamalia pemakan tumbuhan yang tinggal di perairan pantai yang cetek dan panas di Laut Merah dan Lautan Hindi hingga sejauh Australia di selatan. | UMUM | |
KOLAM | Kolam ialah kumpulan air yang kecil, tenang yang biasanya cukup cetek bagi cahaya matahari sampai ke dasarnya. | UMUM | |