Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.te.ria] | چتريا

Definisi : sl anak raja-raja, kesateria: maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida, bentara hulubalang, masing-masing pd martabatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceteria


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CETERIA

CETERIA, golongan kedua selepas wazir dalam hierarki Kesultanan Brunei. Kewujudan dan kesinambungan Kesultanan Brunei sedikit sebanyak bergantung pada sokongan mereka. Golongan ceteria menjadi ‘pasak’ kepada piramid kesultanan.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PANGERAN BENDAHARA

PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca.  Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil).  Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa.  Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32).  Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR

PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR, salah seorang ceteria dalam hierarki pemerintahan tradisi KesuItanan Brunei.  Di Brunei Darussalam, pembesar negeri di bawah Sultan dan Yang Di-Pertuan digelar wazir, ceteria dan menteri.  Dalam adat diraja Brunei yang menjadi warisan turun-temurun, terdapat empat orang wazir, 60 orang ceteria dan 60 orang menteri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas