Mond, Ludwig (1839–1909) ialah ahli kimia British kelahiran Jerman, yang membantu menubuhkan syarikat kimia yang kini dikenali sebagai Imperial Chemical Industry (ICI). Penemuan Mond banyak membawa kemajuan dalam perindustrian kimia. Proses kimia yang direkanya termasuk mendapatkan sulfur daripada bahan buangan alkali; proses untuk membuat klorin; pengeluaran gas pengeluar untuk pemanasan; dan ekstrasi nikel daripada bijih tertentu. Dia juga mereka bateri gas. Mond lahir di Kassel. Dia menerima pendidikan di universiti di Marburg dan Heidelberg dan dilatih oleh Robert Bunsen. Dia menetap di Britain pada tahun 1862. Lihat juga Industri kimia. |