| SOH CHIN AUN | Soh Chin Aun (1950– ), pemain bola sepak Malaysia pada tahun 1970-an hingga awal tahun 1980-an. Dia lahir pada tahun 1950 di Melaka. Chin Aun memulakan karier bersama Melaka pada tahun 1968 sebelum berhijrah ke Selangor. Di Selangor, pada permulaan kariernya dia mewakili kelab PKNS dalam liga Selangor, dan kemudiannya mewakili kelab MCIS. Pada tahun 1970, dia mewakili negeri Selangor dalam kejohanan Piala Malaysia. | UMUM | |
| MARINA CHIN | Marina Chin (1955– ), atlet dan olahragawati Malaysia. Nama sebenarnya ialah Marina Bhatt. | UMUM | |
| SEAH EU CHIN | Seah Eu Chin (1805–1883), ahli perniagaan China, pemilik ladang yang kaya di Singapura. Sebagai ketua masyarakat, dia dihormati oleh orang Cina dan orang British. | UMUM | |
| MOHAMED EUSOFF CHIN, TUN | Mohamed Eusoff Chin, Tun (1935- ), Ketua Hakim Negara (1994–2000). Jawatan ini ialah jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman negara. | UNDANG-UNDANG | Tokoh |
| TIANJIN | Tianjin (pend. 5 300 000) ialah pusat perdagangan di utara China. Nama bandar raya ini juga dieja Tientsin atau T’ien-chin . Pada tahun 1860, pihak berkuasa China membuka bandar raya ini dan pelabuhannya bagi perdagangan antarabangsa. Sembilan negara menerima konsesi (pembalikan kepada) China. Semua tanah ini telah dikembalikan semula kepada China. | UMUM | |
| BINTANG TIMOR | BINTANG TIMOR, akhbar yang diusahakan oleh jemaah anak Cina Kristian Singapura yang rata-rata dianggotai oleh golongan Cina Peranakan, diterbitkan pada 2 Julai 1894. Pengurus penerbitan akhbar ini ialah Tan Boon Chin dan Soong Seck Kum. Song Seck Kum merupakan pemilik Sin Yew Hean Press. Sejak mula diterbitkan hingga bulan Mac 1895, akhbar ini merupakan edaran harian. Namun disebabkan kurang sambutan, akhbar ini kemudiannya diterbitkan tiga kali seminggu dan sejak 2 April 1895 hingga terbitan terakhirnya pada 2 Julai 1895, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kitab |
| RUNDINGAN BALING | RUNDINGAN BALING, satu rundingan antara kerajaan Perikatan dengan parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan sebagai salah satu cara untuk menamatkan keganasan komunis di Tanah Melayu. Rundingan Baling berlangsung selama dua hari di Sekolah Kerajaan Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman Putra, David Marshall, Tan Cheng Lock dan Too Joo Hing. Wakil PKM pula terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |