MALAYAN CHINESE ASSOCIATION (MCA) | Malayan Chinese Association (MCA), parti politik masyarakat Cina di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TAN SIEW SIN, TUN | Ahli politik dan Pesiden pasti Malayan Chinese Association (1961-1974). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
H.S. LEE, TUN | H.S. Lee, Tun (1901 – 1988) ialah pengasas parti Malaysian Chinese Association (MCA) dan Menteri Kewangan yang pertama | UMUM | |
BUSTAN ARIFIN | BUSTAN ARIFIN, majalah pertama dalam bahasa Melayu yang diterbitkan di Melaka oleh Anglo Chinese Press pada tahun 1821. Majalah ini telah disunting oleh Claudius Henry Thomsen, seorang mubaligh Kristian berbangsa Denmark dengan bantuan Abdullah Munsyi. Judul majalah ini diterbitkan dalam dua bahasa. | SASTERA | Penerbitan |
M. JEGATHESAN, DATO’ DR. | M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2 November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura. Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia menyambung pelajaran di England dan memperoleh diploma Patologi. | UMUM | |
PARTI PERIKATAN | PARTI PERIKATAN, gabungan tiga buah parti politik tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Gabungan ini diasaskan pada tahun 1952 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1954. Parti Perikatan telah memerintah Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955 hingga tahun 1974, sebelum ia ditukarkan kepada nama Barisan Nasional. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
ABDULLAH MUNSYI | Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia. Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa, Abdullah menjadi guru agama, penterjemah, wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England. | UMUM | |
WAHI ANNUAR | WAHI ANNUAR (1913-1995), Ketua Satu Ikatan Pembela Tanahair (PETA), pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Haji Awang, manakala nama timangannya semasa kecil ialah Wan Chik. Dia lahir di Kuala Kurau, Perak. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Anglo-Chinese Boy’s School, Parit Buntar. Kemudian dia belajar di King Edward School, Taiping hingga Darjah Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PUTEH MARIAH IBRAHIM RASHID, PUAN SRI | PUTEH MARIAH IBRAHIM RASHID, Puan Sri (1914 - ), Ketua Wanita UMNO yang pertama. Dia lahir pada 28 Disember 1914 di Kuala Kangsar, Perak. Dia mendapat pendidikan di Anglo Chinese Girl School, Ipoh dan St. Agnes School, Teluk Anson. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUSA AHMAD | MUSA AHMAD (1921-1995), nasionalis, bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) dan salah seorang pemimpin Rejimen ke-10. Dia lahir di Pengkalan Baru, Ipoh, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di kampungnya, pendidikan agama di Sekolah al-Mashor, Pulau Pinang (1934-1941) dan Sekolah Lanjutan Anglo-Chinese, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |