SYEKH ABDUL RAUF SINGKEL | SYEIKH ABDUL RAUF SINGKEL (1593-1695), ulama Indonesia. Beliau lahir di Aceh Selatan, Indonesia. Nama penuhnya ialah Syeikh Abdurrauf bin Syeikh Ali al-Fansuri al-Singkili al-Jawi. Ayahnya berketurunan Arab dan ibunya berasal dari Fansur, Barus, Aceh. Syeikh Abdul Rauf diberi gelaran seperti Syeikh Kuala, Syeikh di Kuala, Ciah Kuala, Tengku Ciah Kuala dan Abdurrauf van Singkel. | SASTERA | Tokoh |
ABDURRAUF SINGKEL | Abdurrauf Singkel (1592–1693), ulama Indonesia yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama Abdurrauf Singkel diperoleh daripada ‘Abdoerraoef van Singkel’, nama yang digunakan oleh penulis-penulis Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala, Syiah Kuala, dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala. | UMUM | |