Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cin.cau] | چينچاو

Definisi : C 1. sj agar-agar yg dibuat dgn membekukan air drpd daun sj tumbuhan (Cyclea barbata), sj lengkong (dimakan dgn air batu); 2. = air ~ sj minuman manis yg mengandungi potongan agar-agar air daun cincau, air lengkong; 3. tumbuhan (air daunnya boleh dibekukan utk dibubuh dlm minuman), Cyclea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cau] | چينچاو

Definisi : 1 nama sj tumbuh-tumbuhan yg air daunnya dpt dibekukan, Cyclea barbata. 2 = air ~ minuman manis yg bercampur kentalan air daun cincau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LENGKONG

LENGKONG, makanan yang mirip kepada agar-agar yang dicampur ke dalam minuman manis seperti sirap. Lengkong yang dikenal juga dengan nama cincau, dipercayai makanan masyarakat keturunan Cina. Pada masa ini, makanan ini popular di kalangan semua bangsa di Malaysia.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas