TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah. Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat. Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi. Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm. Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah.
Thanks for clicking. That felt good.